KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut daripada kenaikan minggu lepas untuk dibuka rendah sedikit pada pagi urus niaga Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur pada Jumaat minggu lepas.
Pada 9.10 pagi, FBM KLCI turun 1.19 mata kepada 1,410.90 daripada 1,412.09 pada penutup Jumaat.
Indeks utama dibuka 0.32 mata lebih rendah pada 1,411.70.
Bagaimanapun, pergerakan harga secara keseluruhan positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 163 berbalas 154, manakala 300 kaunter tidak berubah, 1,653 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 426.59 juta unit bernilai RM141.01 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FCM KLCI mencapai semula paras 1,400 dengan mudah minggu lepas, disokong oleh pembelian menyeluruh daripada kedua-dua institusi tempatan dan dana asing.
"Dengan mengandaikan pengumpulan sedemikian berkekalan, kami menjangkakan indeks berada dalam aliran dalam julat 1,410-1,420 hari ini.
"Tumpuan akan diberikan kepada sektor telekomunikasi kerana ia masih berprestasi rendah dalam pasaran yang lebih luas," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing tidak berubah pada RM8.80, RM3.99 dan RM9.19 manakala CIMB turun dua sen menjadi RM5.28 dan IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM5.85.
Bagi saham aktif, DC Healthcare yang baru disenaraikan melonjak 18.5 sen kepada 43.5 sen, Classita menokok 5.5 sen kepada 27 sen, IRIS kerugian satu sen menjadi sembilan sen sementara Tanco dan Advance Synergy kedua-duanya kekal pada 55 sen dan 15.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 6.99 mata kepada 10,425.13, Indeks FBMT 100 turun 8.06 mata menjadi 10,106.44, manakala Indeks FBM ACE meningkat 7.64 mata kepada 5,287.41.
Indeks FBM 70 susut 9.03 mata kepada 13,816.26 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 6.38 mata kepada 10,702.95.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 0.32 mata untuk mencatatkan paras 15,734.90, Indeks Perladangan turun 7.64 mata kepada 6,890.48, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih rendah 0.18 mata menjadi 162.64 dan Indeks Tenaga turun 3.06 mata kepada 820.14.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing tidak berubah pada RM8.80, RM3.99 dan RM9.19 manakala CIMB turun dua sen menjadi RM5.28 dan IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM5.85. - Gambar hiasan
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.