KUALA LUMPUR: Dagangan Bursa Malaysia menyusut sedikit selepas meningkat Jumaat lepas dan dibuka rendah pada pagi urus niaga Isnin, mengambil petunjuk daripada presasi lemah semalaman Wall Street.
Peniaga berkata pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang keputusan kadar China dan testimoni yang bakal dibentangkan oleh pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Jerome Powell sambil menantikan hala tuju pasaran seterusnya.
Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.67 mata kepada 1,380.94 daripada 1,388.61 pada penutup Jumaat lalu.
Indeks utama dibuka 4.72 mata lebih rendah pada 1,383.89.
Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 171 berbalas 133, manakala 242 kaunter tidak berubah, 1,747 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 130.70 juta unit bernilai RM68.30 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya, FBM KLCI meningkat pada Jumaat lepas di tengah-tengah aktiviti pengimbangan semula FTSE selepas keyakinan meningkat dalam pasaran tempatan dan serantau berikutan penangguhan dalam kenaikan kadar AS pada hari Jumaat.
Firma pembrokeran itu berkata aktiviti memburu saham murah dijangka muncul hari ini, walaupun peningkatan mungkin dihadkan dengan pelabur memberi perhatian kepada bacaan inflasi Malaysia minggu ini.
"Sementara itu, kami melihat kemerosotan di Wall Street sebagai sesuatu yang sihat berikutan kenaikannya baru-baru ini," katanya kepada Bernama
Mengenai komoditi, ia menyatakan harga minyak mentah Brent meningkat melebihi US$76, manakala harga minyak sawit mentah melonjak melebihi RM3,600.
"Mengikut sektor, sektor tenaga dan perladangan mungkin mendapat perhatian apabila harga komoditi melonjak tinggi, manakala saham teknologi mungkin terus meningkat dipacu petunjuk positif mengenai teknologi kecerdasan buatan.
"Sektor penerbangan dan berkaitan perjalanan juga mungkin menjadi tumpuan berikutan aktiviti ekonomi telah kembali normal," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank menambah satu sen kepada RM3.88, Tenaga Nasional susut sembilan sen menjadi RM9.11 dan IHH Healthcare lebih rendah tujuh sen kepada RM5.89, manakala Maybank dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM8.57 dan RM4.98.
Bagi saham aktif, Boustead Plantation menambah 5.5 sen kepada 94.5 sen dan Meta Bright naik setengah sen kepada 17 sen manakala Destini dan Top Glove masing-masing turun satu sen kepada 10.5 sen dan 96.5 sen, KNM rendah setengah sen kepada lapan sen dan Sarawak Consolidated kekal pada 40.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 47.25 mata pada 10,200.37, Indeks FBMT 100 susut 47.27 mata menjadi 9,897.09 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 72.76 mata kepada 10,539.02.
Indeks FBM 70 merosot 32.48 mata kepada 13,552.23 dan Indeks FBM ACE berkurangan 8.69 mata kepada 5,117.07.
Mengikuit sektor, Indeks Tenaga susut 8.51 mata kepada 785.38 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 1.88 mata menjadi 158.91, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 7.78 mata kepada 15,181.10 dan Indeks Perladangan meningkat 20.12 mata kepada 6,668.66.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.67 mata kepada 1,380.94 daripada 1,388.61 pada penutup Jumaat lalu. -Gambar fail/Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.