KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mencatat prestasi berbeza berbanding semalam apabila dibuka lebih rendah hari ini akibat aktiviti pengambilan untung, didorong oleh petunjuk dagangan tidak menentu di Wall Street, kata seorang penganalisis.
Pada 9.10 pagi ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.85 mata kepada 1425.69 daripada 1,429.54 pada akhir dagangan semalam.
Indeks petunjuk utama itu dibuka turun 0.85 mata kepada 1,428.69.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 183 berbanding 72 manakala 188 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,846 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan pula sebanyak 164.30 juta unit bernilai RM54.05 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ekuiti Amerika Syarikat ditutup rendah susulan sentimen berhati-hati terhadap jangkaan ketidaktentuan musim pendapatan di masa akan datang.
Menurutnya, Indeks Purata Dow Jones susut 215 mata manakala Nasdaq turun 92 mata ketika hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat meningkat hampir 2.99 peratus.
"Di peringkat bursa tempatan, FBM KLCI ditutup tinggi berikutan aktiviti belian pada saat-saat akhir.
"Bagaimanapun, potensi indeks utama itu mencatat aliran tinggi mungkin dikekang oleh sentimen kurang memberangsangkan yang menyebabkan pergerakan itu dijangka sekitar paras 1,420 hingga 1,435 pada hari ini," katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank tidak berubah pada RM8.58 dan RM4.39 manakala Petronas Chemicals naik tujuh sen kepada RM8.29, IHH Healthcare meningkat tiga sen kepada RM6.45 dan CIMB Group berkurangan dua sen kepada RM5.07.
Bagi saham aktif, MMAG Holdings, MAG Holdings dan Dagang NeXchange masing-masing susut setengah sen kepada lima sen, 17.5 sen dan 75 sen manakala Metronic Global dan XOX Networks meningkat setengah sen masing-masing kepada sembilan sen dan tiga sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 28.74 mata kepada 10,108.37, Indeks FBM Emas Shariah turun 40.09 mata kepada 10,184.45, FBM 70 susut 45.18 mata kepada 12,094.50, Indeks FBMT 100 menguncup 29.04 mata kepada 9,873.16 dan FBM ACE merosot 33.60 mata kepada 4,600.42.
Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 17.79 mata kepada 15,995.83, Indeks Tenaga turun 0.05 mata kepada 628.81, Indeks Perladangan merosot 23.42 mata kepada 6,752.51 namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.09 mata kepada 169.80.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 183 berbanding 72 manakala 188 kaunter tidak berubah. - Foto fail

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut kemudiannya
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.