Bursa Malaysia dibuka rendah 1.25 peratus berikutan laporan berita mengenai serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera AS di Iraq yang meningkatkan ketegangan sedia ada di Timur Tengah, berikutan pembunuhan seorang komander tertinggi Iran di Baghdad minggu lepas.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 20.26 mata kepada 1,590.78 daripada 1,611.04 semasa ditutup semalam.
Di papan skor, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 354 berbanding 79, manakala 155 kaunter kekal tidak berubah, 1,349 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 271.02 juta saham bernilai RM104.69 juta.
Seorang penganalisis berkata Bursa dibuka rendah hampir secara menyeluruh berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat di rantau itu.
Menurut beliau, harga minyak dijangka terus melonjak, manakala indeks global akan merosot.
"Bursa tempatan turut dijangka bergerak sejajar dengan indeks global lain menjejaki prestasi Wall Street," katanya.
Di pasaran global, Dow Jones Industrial Average susut 119.70 mata kepada 28,5873.68, Nikkei Jepun merosot 558.82 mata kepada 23,016.90, manakala KOPSI Korea Selatan berkurangan 25.09 mata kepada 2,150.45.
Sehingga 9.15 pagi, harga minyak mentah Brent meningkat 2.60 peratus kepada US$70.87 setong.
Awal hari ini, Pentagon dilaporkan berkata Iran telah melancarkan lebih sedozen peluru berpandu balistik ke atas dua pangkalan tentera di Iraq yang menempatkan tentera AS dan dlihat sebagai tindakan balas terhadap serangan dron AS yang membunuh komander tertinggi Iran, Jeneral Qassem Soleimani minggu lepas.
BACA: Iran mula serang pangkalan tentera AS, puluhan peluru berpandu dilancar
BACA: [LANGSUNG] Iran mula serang pangkalan tentera AS
Serangan peluru berpandu itu didakwa dilancar dari wilayah Iran yang dilakukan beberapa jam selepas pengebumian Qassem.
Pentagon berkata mereka kini menilai tahap kemusnahan yang disebabkan oleh serangan tersebut, termasuk jumlah mangsa yang terlibat yang masih belum disahkan.
Tindakan balas itu berlaku beberapa hari selepas AS membunuh Jeneral Qasem Soleimani dalam serangan udara di ibu negara Iraq, Baghdad, dan Iran telah berjanji akan mengambil "langkah yang wajar" susulan kematian jeneral mereka.
Daripada 30 syarikat utama di FBM KLCI, semua kaunter rendah dengan Tenaga Nasional susut 14 sen kepada RM12.90, Petronas Chemicals merosot 15 sen kepada RM7.42, Kuala Lumpur Kepong turun 26 sen kepada RM24.68 , Maybank berkurangan empat sen kepada RM8.61 dan Hong Leong Financial susut 52 sen kepada RM16.92.
Bagi kaunter paling rugi, Nestle merosot RM1.70 kepada RM145.80, PPB susut 48 sen kepada RM18.80, Public Bank turun 30 sen kepada RM19.82.
Daripada saham aktif, TDM merosot dua sen kepada 27 sen, Rimbunan Sawit susut 2.5 sen kepada 39.5 sen dan JYC berkurangan dua sen kepada 30.5 sen.
Indeks FBM Emas susut 122.69 mata kepada 11,335.25 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 137.25 mata kepada 11,950.79.
Indeks FBMT 100 susut 121.47 mata kepada 11,130.85, FBM 70 berkurangan 72.31 mata kepada 14,236.45 manakala FBM Ace turun 48.34 mata kepada 5,406.10.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 1.79 mata kepada 154.61,0 Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 157.75 mata kepada 15,555.60 dan Indeks Perladangan turun 68.99 mata kepada 7,688.54.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 08 2020
Di papan skor, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 354 berbanding 79, manakala 155 kaunter kekal tidak berubah, 1,349 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung. - Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria
Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.
Anak, menantu sembunyi mayat bapa demi duit pencen
Pasangan itu sanggup menyembunyikan mayat warga emas itu dalam rumah mereka selama enam tahun demi mengambil wang persaraan bulanannya.
Penutupan sempadan Mexico-AS tidak rasional - Andres
Cadangan penutupan sempadan Mexico dan Amerika Syarikat (AS) adalah mustahil dan merupakan keputusan politik yang tidak rasional.
Kongres AS setuju perjanjian perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan
Kongres Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan perjanjian perbelanjaan jangka pendek untuk menghalang kemungkinan penutupan kerajaan sehingga Mac.
Tentera AS serang 3 kapal Houthi di Laut Merah
Sekurang-kurangnya 10 anggota Houthi Yaman terbunuh selepas tentera AS menyerang tiga kapal milik kumpulan itu di Laut Merah.
AS bertanggungjawab ke atas perang Israel-Hamas
Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Naseer Kaanani, AS merupakan sebahagian daripada jenayah perang yang berlaku di Gaza.
Ops Ihsan: Kemasukan barangan bantuan 'disaring' sebelum lepasi pintu Rafah
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari memaklumkan pihaknya mengambil insiatif mengadakan perbincangan awal dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.