awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar

Bernama
Bernama
10/02/2026
13:40 MYT
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Kenny berkata strategi berkenaan sama dengan pendekatan sukan popular lain seperti bola sepak dan tenis yang sentiasa disiarkan di televisyen, sekali gus membantu membina kelompok peminat yang ramai. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Penganjuran Terbuka Malaysia bermula tahun depan dijangka lebih mencabar berikutan penyusunan semula Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) oleh badan induk badminton dunia semalam.

Ringkasan AI
  • Penganjuran Terbuka Malaysia tahun depan dijangka lebih mencabar berikutan penyusunan semula Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) oleh badan induk badminton dunia.
  • Badan Induk Badminton Malaysia (BAM) menghadapi cabaran besar dengan tempoh pertandingan yang lebih panjang dan kenaikan hadiah wang kemenangan dalam menganjurkan kejohanan bertaraf Super 1000.
  • BAM menyokong langkah BWF menganjurkan kejohanan selama 11 hari bagi memaksimumkan pendedahan kepada penonton televisyen di seluruh dunia, seiring dengan peningkatan hadiah wang tunai untuk semua peringkat kejohanan.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh berkata tempoh pertandingan yang lebih panjang serta kenaikan hadiah wang kemenangan memberi cabaran lebih besar buat mereka dalam menganjurkan kejohanan bertaraf Super 1000 itu.
"Kami berterima kasih kepada BWF kerana masih mengekalkan kami di World Tour Super 1000 (Terbuka Malaysia) dan World Tour Super 500 (Masters Malaysia). Kita jangka ada cabarannya memandangkan format baharu selama 11 hari dan juga dengan kenaikan wang kemenangan.
"Walau bagaimanapun, kami rasa ini penting untuk pembangunan sukan badminton di Malaysia. Kalau kita dapat mengekalkan status Super 1000, maknanya semua pemain ranking atas wajib datang bermain di Malaysia. Jadi ini satu perkara yang sangat baik untuk Malaysia," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini hari ini.
Beliau berkata BAM memahami rasional di sebalik langkah BWF menganjurkan kejohanan bertaraf Super 1000 selama 11 hari, iaitu bagi memaksimumkan pendedahan kepada penonton televisyen di seluruh dunia.
Kenny berkata strategi berkenaan sama dengan pendekatan sukan popular lain seperti bola sepak dan tenis yang sentiasa disiarkan di televisyen, sekali gus membantu membina kelompok peminat yang ramai.
Selain Terbuka Malaysia, BWF turut mengekalkan Terbuka China, All England dan Terbuka Indonesia selaku tuan rumah kejohanan Super 1000, manakala Terbuka Denmark dinaik taraf daripada status Super 750 kepada Super 1000 di bawah pembaharuan struktur Jelajah Dunia bermula tahun depan.
Bagi kejohanan Super 1000, acara perseorangan akan melibatkan penyertaan 48 pemain bersaing dalam peringkat kumpulan diikuti pusingan kalah mati, manakala acara beregu pula mengikut format kalah mati membabitkan 32 pasangan.
Setiap kejohanan berlangsung selama 11 hari, merangkumi dua hujung minggu dengan kesemua 1,095 perlawanan daripada kejohanan Super 1000 akan disiarkan secara global.
BWF juga memaklumkan hadiah wang tunai ditingkatkan bagi semua peringkat kejohanan, dengan Super 1000 menawarkan US$2 juta (RM7.87 juta), meningkat daripada US$1.45 juta (RM5.71 juta) pada 2026.
Hadiah untuk Super 750 pula meningkat kepada US$1.1 juta (RM4.33 juta) daripada US$950,000 (RM3.74 juta), manakala acara Super 500 meningkat kepada US$560,000 (RM2.2 juta) daripada US$500,000 (RM1.97 juta).
Sementara itu, pusingan akhir Piala Sudirman dan Piala Thomas serta Piala Uber akan diperluas daripada 16 ke 24 pasukan, sekali gus membuka lebih banyak penyertaan antarabangsa dan mempelbagaikan persaingan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Thomas
#badminton
#bola sepak
#BWF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan