KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan minat belian susulan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2022 yang positif walaupun sentimen bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.93 mata kepada 1,553.34 daripada 1,544.41 pada Jumaat.
Indeks dibuka tinggi 11.27 mata kepada 1,555.68.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 191 berbanding 145 manakala 257 kaunter tidak berubah, 1,662 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 302.04 juta saham bernilai RM128.47 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd menjangka terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah dalam sektor perladangan dan yang mencatatkan pemulihan menjelang musim pelaporan.
"Kami berpendapat pemulihan ekonomi akan terus mendorong minat belian dalam sektor yang mencatatkan pemulihan seperti pengguna dan perbankan.
"Sementara itu, harga minyak mentah yang tinggi, yang diniagakan melebihi US$110 setong, dijangka meningkatkan sektor tenaga," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus pada suku pertama 2022, disokong oleh peningkatan permintaan domestik dan luaran serta pemulihan pasaran buruh.
Firma penyelidikan itu turut menjangka peniaga menantikan pendapatan perladangan pada bulan ini, yang boleh meningkatkan harga saham dalam tempoh terdekat.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot enam sen kepada RM8.90, Public Bank dan CIMB, masing-masing naik dua sen kepada RM4.55 dan RM5.06 manakala Petronas Chemicals meningkat 39 sen kepada RM10.38 dan IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM6.45.
Daripada saham aktif, Sapura Energy naik 1.5 sen kepada enam sen, Serba Dinamik meningkat dua sen kepada 14 sen, KNM menambah setengah sen kepada 18 sen, Hibiscus Petroleum menokok enam sen kepada RM1.41 manakala CSH Allaince tidak berubah pada 11.5 sen.
Nestle muncul sebagai kaunter paling untung, meningkat RM2 kepada RM133.50, diikuti KL Kepong, naik 78 sen kepada RM27.36, Harrison Holdings menambah 31 sen kepada RM5.98, Hengyuan Refining menokok 29 sen kepada RM7.27 dan Petron Malaysia naik 24 sen kepada RM6.26.
Di papan indeks, FBM ACE jatuh 13.28 mata kepada 5,329.35, Indeks FBM Emas naik 56.57 mata kepada 11,067.37, Indeks FBMT 100 meningkat 54.39 mata kepada 10,741.65, Indeks FBM Emas Shariah menambah 95.70 mata kepada 11,564.11 dan FBM 70 naik 36.02 mata kepada 13,092.63.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 34.50 mata kepada 16,499.87, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 3.02 mata kepada 199.81 dan Indeks Perladangan menambah 98.05 mata kepada 8,277.33.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.93 mata kepada 1,553.34 daripada 1,544.41 pada Jumaat. -Gambar fail/Bernama

Dua belas individu didakwa tawar pinjaman tidak wujud
Dua belas individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah menawarkan pinjaman tidak wujud Jun lepas.

Lebih banyak hari tanpa hujan sehingga September
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak sepanjang tempoh Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Sept.

Tawar ibadah korban di Bumi Anbia lebih murah - Aman Palestin
Ia menawarkan pakej baharu yang ditambah baik berdasarkan kualiti dan saiz daging yang bersesuaian dengan harga.

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Selamat berangkat ke negeri abadi Tok Mun, semoga tenang dan damai di sana...
Jenazah Tok Mun disemadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Atas Tol pada pukul 10.45 pagi.

Kerajaan UK pertimbang rampas aset warga Rusia yang dibekukan
Setiausaha Luar United Kingdom Liz Truss tidak menolak kemungkinan akan merampas aset warga Rusia di UK yang telah dibekukan dan menyerahkannya kepada Ukraine.

BCorp umum pertukaran lembaga pengarah
Ia turut mengumumkan peletakan jawatan dua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Datin Seri Sunita Mei-Lin Rajakumar dan Datuk Hisham Othman.

Abdul Wahid Omar dilantik pengerusi baharu WWF Malaysia
WWF Malaysia melantik Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini.

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan kesuraman data AS
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.44 mata kepada 1,445.30 daripada 1,454.74 pada Selasa.

Rafidah Aziz letak jawatan pengerusi AirAsia X selepas lebih 10 tahun
Peletakan jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai 2022, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin.

Sapura Energy catat keuntungan bersih sebanyak RM91.93 juta pada suku pertama
Hasil, bagaimanapun, jatuh 39.7 peratus kepada RM886.08 juta daripada RM1.47 bilion setahun lepas.

Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, ambil petunjuk pergerakan menaik Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Isnin selepas dagangan di Wall Street mengukuh semula.

Bursa Malaysia dijangka alami lantunan terlebih jual minggu depan
FBM KLCI yang menjadi penanda aras pasaran dijangka meningkat semula lebih tinggi susulan aktiviti pembelian semasa harga rendah.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi Wall Street, bursa serantau
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.45 mata kepada 1,434.50 daripada 1,431.05 ketika ditutup pada Khamis.

Pergerakan penumpang melebihi paras 7 juta pada Mei, tertinggi dalam tempoh dua tahun - MAHB
Prestasi trafik MAHB untuk keseluruhan rangkaian lapangan terbangnya mendapat tarikan pada Mei 2022.

Elaun Pengerusi, BOD FGV dinaikkan
Perkara itu dinyatakan FGV menerusi pemakluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis.