KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, didorong minat belian terhadap saham tenaga didorong sentimen pasaran serantau yang positif, kata peniaga.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 6.79 mata kepada 1,496.59 daripada 1,489.80 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks utama itu dibuka 2.78 mata lebih tinggi kepada 1,492.58.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 164 berbanding 86 manakala 182 kaunter tidak berubah, 1,842 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 73.37 juta unit bernilai RM34.36 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup pada Isnin susulan cuti persekutuan Amerika Syarikat sempena Hari Pekerja, namun menjangkakan niaga hadapan indeks menunjukkan tiga indeks utama mengalami kenaikan semula selepas mengalami prestasi rendah pada Jumaat lepas.
Beliau berkata bagi bursa tempatan, sebahagian minat belian dalam saham tenaga boleh dilihat hari ini memandangkan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran sekali gus mendorong harga minyak mentah Brent meningkat kepada hampir US$96 setong.
"Sebaliknya, beberapa pengambilan untung ke atas saham perladangan mungkin muncul kerana inventori yang mencecah paras tertinggi dalam temph dua tahun boleh memberi tekanan kepada harga minyak sawit mentah (MSM)," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata secara keseluruhan, sentimen pasaran diunjurkan kekal berhati-hati ekoran kekurangan pemangkin yang jelas dan indeks dijangkakan berada dalam aliran berjulat 1,485 hingga 1,500 hari ini.
Antara saham wajaran tinggi, Dialog Group dan Public Bank masing-masing menokok dua sen kepada RM2.26 dan RM4.69, Maybank menambah empat sen kepada RM8.98, Petronas Chemicals meningkat lima sen kepada RM8.87 dan CIMB naik tiga sen kepada RM5.51.
Bagi saham aktif, Vortex Consolidated, Jade Marvel dan Sapura Energy masing-masing kekal tidak berubah pada 16.5 sen, 29 sen dan 4.5 sen manakala South Malaysia Industries susut setengah sen kepada 25 sen dan Destini Bhd turun satu sen kepada 8.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 42.16 mata kepada 10,595.93; Indeks FBMT 100 meningkat 42.64 mata kepada 10,350.67; FBM 70 menambah 34.42 mata kepada 12,624.90; Indeks FBM Emas Shariah menokok 38.26 mata kepada 10,634.20 namun FBM ACE susut 1.61 mata kepada 4,758.54.
Mengikut segi sektor, Indeks Perladangan menambah 35.27 mata kepada 7,036.85; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.51 kepada 180.78; Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 68.60 mata kepada 16,839.42 dan Indeks Tenaga menokok 8.92 mata kepada 709.65.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 06 2022
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 6.79 mata kepada 1,496.59 daripada 1,489.80 ketika ditutup pada Isnin. -Gambar fail/Dagang News
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.