KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, namun merosot selepas itu berikutan pasaran kekal tidak menentu di tengah-tengah kebimbangan terhadap impak varian Omicron dan menjejaki prestasi Wall Street semalaman yang negatif, demikian menurut penganalisis.
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.58 mata kepada 1,495.35 daripada 1,496.93 sewaktu ditutup pada Rabu.
Indeks utama dibuka tinggi 1.14 mata kepada 1,498.34.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 237 kepada 95, manakala 205 kaunter tidak berubah, 1,740 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 159.46 juta unit bernilai RM82.82 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd yakin ketidaktentuan di bursa tempatan mungkin kekal dengan mengambil kira keputusan kerajaan untuk menyekat pengembara dari lapan negara yang melaporkan penularan varian Omicron COVID-19.
Negara-negara itu adalah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe.
Bagaimanapun, kemerosotan itu mungkin dikekang oleh Indeks Pengurus Pembelian (IPP) November di Malaysia yang menandakan keadaan operasi yang lebih baik.
Dari segi komoditi, ia berkata harga minyak mentah masih lemah, namun harga minyak sawit mentah (MSM) mencatatkan lonjakan sederhana.
"Pelabur mungkin mengelakkan sektor bertemakan pemulihan berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap varian Omicron, yang berpotensi melewatkan kemajuan pemulihan ekonomi.
"Selain itu, minat belian mungkin dilihat dalam sektor penjagaan kesihatan berikutan aktiviti jualan baru-baru ini," kata firma pembrokeran itu dalam nota Morning Pulse hari ini.
Mengenai unjuran teknikal, ia berkata paras sokongan selanjutnya bagi indeks itu dikesan pada 1,480, manakala rintangan berada pada sekitar 1,515-1,530.
Daripada saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga menambah satu sen masing-masing kepada RM7.96 dan RM9.23, Public Bank, Petronas Chemicals dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM3.19, RM8.50 dan RM5.03, manakala IHH turun enam sen kepada RM6.51.
Daripada saham aktif, Impiana Hotels menokok setengah sen kepada 8.5 sen, TH Heavy Engineering turun 4.5 sen kepada dua sen dan KNM tidak berubah pada 16 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 15.12 mata kepada 10,953.67, Indeks FBMT 100 menguncup 13.60 mata kepada 10,651.65, dan Indeks FBM Emas Syariah rendah 23.09 mata kepada 11,955.37.
FBM 70 merosot 27.66 mata kepada 14,341.33, manakala FBM ACE naik 16.08 mata kepada 6,481.70.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 0.39 mata kepada 194.02, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 10.47 mata kepada 14,938.84, dan Indeks Perladangan susut 8.91 mata kepada 6,428.52.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021
Pelabur mungkin mengelak sektor bertemakan pemulihan berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap varian Omicron, yang berpotensi melewatkan kemajuan pemulihan ekonomi. - Gambar hiasan
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.