KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa, seiring dengan prestasi lebih baik yang dicatatkan bursa serantau, selepas mengambil petunjuk daripada pergerakan Wall Street yang optimis dalam tempoh semalaman.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.17 mata untuk berakhir pada paras tertinggi harian 1,444.13 daripada 1,438.96 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks utama itu dibuka 0.08 mata lebih tinggi kepada 1,439.04 dan mencecah paras terendah 1,438.95 ketika sesi pagi sebelum memperoleh momentum untuk meningkat selepas itu.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 439 berbanding 353, manakala 504 kaunter tidak berubah, 1,045 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.67 bilion unit bernilai RM1.92 bilion daripada 3.09 bilion unit bernilai RM1.92 bilion pada Isnin.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup tinggi sedikit didorong aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan semalam.
Beliau berkata indeks serantau utama turut ditutup tinggi selepas mengambil petunjuk daripada isyarat positif ekuiti global dalam tempoh semalaman.
Selain itu, percubaan diplomatik untuk mengekang pengembangan konflik Israel-Hamas daripada menjadi perang berskala lebih luas juga telah memberi kesan yang agak positif ke atas sentimen pelabur, katanya.
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dijadual mengadakan lawatan ke Israel, bertujuan mengekang konflik daripada memuncak manakala Setiausaha Negara, Antony Blinken juga kembali ke Israel untuk pertemuan dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, susulan perbincangan dengan kerajaan Arab, katanya.
"Di peringkat domestik, kami menjangkakan sentimen pasaran kekal berhati-hati ekoran turun naik dan ketidaktentuan global yang semakin ketara.
"Justeru, kami mengunjurkan indeks penanda aras terus berada dalam corak mendatar, dan mengekalkan sasaran mingguan FBM KLCI pada 1,430 hingga 1,450 sehingga terdapat pemangkin baharu. Dari sudut pandang teknikal, kami menetapkan paras rintangan serta-merta pada 1,460 dan sokongan pada 1,430," katanya kepada Bernama.
Bagi pasaran serantau, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.12 peratus kepada 3,167.64; Nikkei 225 Jepun melonjak 1.20 peratus kepada 32,040.29; Kospi Korea Selatan menokok 0.98 peratus kepada 2,460.17; Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.75 peratus kepada 17,773.34, dan SSE Komposit China menambah 0.32 peratus kepada 3,083.50.
Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi Bursa, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing meningkat dua sen kepada RM9 dan RM7.50; Public Bank menambah satu sen kepada RM4.18; Tenaga Nasional menokok tiga sen kepada RM9.98 manakala CIMB mendatar pada RM5.61.
Antara saham aktif, Minox yang baru disenaraikan di Pasaran ACE naik 12 sen kepada 37 sen; Kanger International dan Sarawak Consolidated masing-masing menambah satu sen kepada 12 sen dan 52 sen; manakala Asdion dan Top Glove masing-masing menokok 1.5 sen kepada 7.5 sen dan 75 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 33.82 mata kepada 10,692.88; Indeks FBMT 100 menambah 32.99 mata kepada 10,357.58; Indeks FBM Emas Syariah melonjak 50.88 mata kepada 10,929.55; Indeks FBM 70 naik 27.42 mata kepada 14,217.68 dan Indeks FBM ACE menokok 35.95 mata kepada 5,153.14.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 16.69 mata kepada 16,244.62; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.33 mata kepada 175.67; Indeks Tenaga susut 0.29 mata kepada 882.17 dan Indeks Perladangan meningkat 63.08 mata kepada 6,889.24.
Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.40 bilion unit bernilai RM1.58 bilion daripada 1.98 bilion unit bernilai RM1.73 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan waran susut kepada 305.12 juta unit bernilai RM36.0 juta daripada 332.86 juta unit bernilai RM41.44 juta semalam.
Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 972.12 juta saham bernilai RM304.17 juta daripada 755.45 juta saham bernilai RM213.0 juta pada Isnin.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 214.02 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (336.21 juta); pembinaan (126.36 juta); teknologi (113.27 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (68.18 juta); hartanah (165.33 juta); perladangan (26.09 juta); REIT (11.44 juta); dana tertutup (6,200); tenaga (118.21 juta); penjagaan kesihatan (98.57 juta); telekomunikasi dan media (46.98 juta); pengangkutan dan logistik (39.67 juta); serta utiliti (37.04 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.17 mata untuk berakhir pada paras tertinggi harian 1,444.13 daripada 1,438.96 ketika ditutup pada Isnin. - Gambar hiasan
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.94 mata kepada 1,600.42 daripada 1,595.48 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah, dipengaruhi kaunter utiliti, logistik
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.