KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini bagi tiga hari berturut-turut selepas mencatatkan kenaikan, diheret turun oleh aktiviti jualan saham wajaran tinggi dalam telekomunikasi dan perbankan, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.13 peratus atau 1.95 mata kepada 1,446.07 daripada 1,448.02 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks itu dibuka 0.61 mata lebih tinggi kepada 1,448.63 sebelum bergerak di antara 1,445.61 dan 1,450.42 sepanjang sesi dagangan.
Lingkungan pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 588 berbanding 354, manakala 426 kaunter tidak berubah, 1,011 kaunter tidak diniagakan dan 85 yang lain digantung.
Jumlah dagangan merosot kepada 3.28 bilion unit bernilai RM2.27 bilion daripada 3.81 bilion unit bernilai RM2.38 bilion pada Selasa.
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong berkata indeks penanda aras itu dipengaruhi oleh pendapatan korporat yang lebih lemah dilaporkan oleh Kumpulan Axiata pada rehat tengah hari.
"Melangkah ke hadapan, kami menjangkakan kecenderungan untuk menurun akan berlaku dalam persekitaran ketiadaan petunjuk baharu, manakala hari-hari terakhir keputusan pendapatan korporat akan menjadi tumpuan.
"Sementara itu, pelabur akan memantau dengan teliti terhadap data pembuatan China yang akan dikeluarkan pagi esok," katanya kepada Bernama.
Daripada segi teknikal, Leong berkata FBM KLCI akan menurun kerana indeks utama kekal ke arah kecederungan aliran menurun.
"Sekiranya paras sokongan tempoh terdekat pada tahap 1,445 tidak dapat bertahan, sokongan seterusnya ditambat pada 1,430, manakala tahap paras rintangan adalah antara 1,464-1,488," katanya.
Sementara itu, seorang penganalisis lain berkata FBM KLCI bergerak dalam julat yang ketat kerana harga minyak terus berada di bawah tekanan disebabkan pilihan minyak yang lebih murah.
"Walaupun kebanyakan syarikat mencatatkan pulangan kewangan yang lebih baik selepas pandemik, prospek ekonomi kekal suram berikutan kuasa beli berkurangan," katanya kepada Bernama.
Antara kaunter wajaran tinggi, Maybank merosot 1.0 sen kepada RM9.04, Public Bank naik 2.0 sen kepada RM4.24, CIMB Group menguncup 4.0 sen kepada RM5.64, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare bekurangan 1.0 sen masing-masing kepada RM9.88 dan RM5.83, manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.08.
Daripada saham aktif, Top Glove merosot 4.0 sen kepada 86 sen, Fitters Diversified tidak berubah pada 5.0 sen, Leform menambah setengah sen kepada 32 sen manakala Widad tidak berubah pada 47 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 23.12 mata kepada 10,699.45, Indeks FBMT 100 berkurangan 20.67 mata kepada 10,365.88, Indeks FBM Emas Shariah susut 33.18 mata kepada 10,859.75.
Indeks FBM 70 menguncup 57.65 mata kepada 14,204.52, dan Indeks FBM ACE turun 40.59 mata kepada 5,043.62.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 5.99 mata kepada 16,271.92, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.02 mata kepada 171.72, Indeks Tenaga menguncup 0.06 mata kepada 821.85 tetapi Indeks Perladangan naik 6.94 mata kepada 7,013.51.
Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 2.0 bilion unit bernilai RM1.98 bilion daripada 2.45 bilion unit bernilai RM2.07 bilion pada Selasa.
Jumlah dagangan waran jatuh kepada 522.28 juta unit bernilai RM60.96 juta daripada 572.27 juta unit bernilai RM68.95 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE sebanyak 723.18 juta saham bernilai RM227.02 juta berbanding 781.40 juta saham bernilai RM242.71 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 315.52 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (519.95 juta); pembinaan (111.20 juta); teknologi (214.29 juta); SPAC (tiada); perkhidmatan kewangan (54.17 juta); hartanah (182.14 juta); perladangan (35.64 juta); REIT (15.06 juta); dana tertutup (6,000); tenaga (127.90 juta); penjagaan kesihatan (241.54 juta); telekomunikasi dan media (38.19 juta); pengangkutan dan logistik (32.25 juta); serta utiliti (110.09 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 2.0 bilion unit bernilai RM1.98 bilion daripada 2.45 bilion unit bernilai RM2.07 bilion pada Selasa. - Gambar fail/Bernama
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.