Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN

Rus'sele (tengah) ketika sidang media di Pejabat Speaker DUN Perlis pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KANGAR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus'sele Eizan hari ini mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selepas keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu dari Pas terhenti serta-merta.
Ringkasan AI
- Kekosongan luar jangka berlaku bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji di Perlis akibat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu dari Pas terhenti serta-merta.
- Pengumuman kekosongan luar jangka ini dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus'sele Eizan, yang memenuhi kehendak undang-undang yang telah ditetapkan.
- Tindakan akan diambil dengan memaklumkan kekosongan luar jangka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat bagi tiga kawasan DUN yang terbabit.
"Saya juga telah menerima notis bertulis berkenaan tiga kekosongan luar jangka di bawah Fasal (3) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis, oleh seorang ADUN iaitu YB Tuan Haziq Aysraf bin DUN (ADUN Beseri).
"Pada menjalankan kuasa-kuasa di bawah Fasal (3) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis yang tersebut, saya telah membuat semakan dan meneliti dengan sebaik-baiknya perkembangan yang berlaku berkaitan tiga ADUN yang dimaksudkan.
"Dan saya telah berpuas hati untuk memutuskan bahawa telah belakunya kekosongan luar jangka yang memenuhi kehendak Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis bagi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji," katanya.
Sehubugan itu, Rus'sele berkata, beliau akan memaklumkan secara rasmi kekosongan luar jangka bagi tiga DUN berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.
Malam tadi, media melaporkan tiga ADUN di Perlis dari Pas terhenti keahlian mereka sebagai parti itu serta-merta berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


