KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin apabila pelabur mengambil pendirian berhati-hati sebelum siri mesyuarat bank pusat yang signifikan pada minggu ini, kata penganalisis.
Pasaran sedang menantikan mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat dan Bank of Japan (BoJ) serta keputusan mereka mengenai kadar faedah.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.81 mata kepada 1,553.64 daripada 1,552.83 semasa ditutup pada Jumaat.
Indeks penanda aras itu yang dibuka rendah 5.38 mata kepada 1,547.45 bergerak antara 1,544.32 dan 1,557.33 sepanjang sesi.
Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 546 berbanding 480, manakala 476 kaunter tidak berubah, 805 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan menyusut kepada 4.24 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 4.53 bilion unit bernilai RM4.82 bilion pada Jumaat lepas.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata kebanyakan indeks serantau utama ditutup dalam segmen positif berikutan pengumuman Beijing mengenai data ekonomi utama untuk tempoh dua bulan pertama 2024.
Beliau berkata output perindustrian Beijing meningkat tujuh peratus setiap tahun sepanjang Januari dan Februari, selain kenaikan jualan runcit sebanyak 5.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Di peringkat domestik, kami memilih untuk kekal berwaspada berikutan ketidaktentuan dan ketidakpastian global yang meningkat.
"Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI akan berubah-ubah dalam julat 1,540-1,570 untuk minggu ini, dengan paras rintangan segera pada 1,560 dan sokongan pada 1,528," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing menambah empat sen kepada RM9.75 dan RM6.65, Public Bank naik dua sen kepada RM4.29, Petronas Chemicals turun empat sen kepada RM6.86, dan TNB tidak berubah pada RM11.60.
Bagi saham aktif, Eversendai Corp menokok 2.5 sen kepada 34.5 sen, MY E.G. Services mengukuh satu sen kepada 81.5 sen, YTL Corp meningkat 14 sen kepada RM2.75, Sapura Energy naik setengah sen kepada lima sen, dan Pan Malaysia tidak berubah pada 18.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 13.78 mata kepada 11,557.37, Indeks FBMT 100 menambah 13.55 mata kepada 11,218.85, Indeks FBM ACE meningkat 8.06 mata kepada 4,717.12, dan Indeks FBM 70 menokok 50.81 kepada 15,715.45.
Bagaimanapun, Indeks FBM Emas Syariah turun 27.59 mata kepada 11,564.01.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 62.42 mata kepada 17,339.05,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.35 mata kepada 177.24, dan Indeks Tenaga menokok 12.41 mata kepada 928.41, manakala Indeks Perladangan susut 6.91 mata kepada 7,285.44.
Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 2.83 bilion unit bernilai RM2.50 bilion daripada 2.87 bilion unit bernilai RM4.50 bilion Jumaat lepas.
Jumlah dagangan waran susut kepada 836.40 juta unit bernilai RM112.35 juta daripada 1.09 bilion unit bernilai RM131.42 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 572.98 juta saham bernilai RM177.51 juta daripada 546.78 juta saham bernilai RM184.68 juta sebelum ini.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 298.25 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (386.15 juta); pembinaan (321.18 juta); teknologi (839.60 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (106.23 juta); hartanah (362.24 juta); perladangan (41.99 juta);REIT (7.60 juta), dana tertutup(64,000); tenaga (186.04 juta); penjagaan kesihatan (44.20 juta); telekomunikasi dan media (52.10 juta); pengangkutan dan logistik (60.46 juta); dan utiliti (125.01 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Indeks penanda aras itu yang dibuka rendah 5.38 mata kepada 1,547.45 bergerak antara 1,544.32 dan 1,557.33 sepanjang sesi. - Gambar fail/Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.