awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Prasarana catat rekod 1.63 juta penumpang harian tertinggi 31 Disember
RM15 juta untuk Dapur Siswa, pastikan tiada mahasiswa 'ikat perut'
NVIDIA dijangka perkenal semula GeForce RTX 3060 akibat kekurangan VRAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia ditutup tinggi naik 0.63 peratus disokong kenaikan saham teknologi

Bernama
Bernama
05/01/2026
12:45 MYT
Bursa Malaysia ditutup tinggi naik 0.63 peratus disokong kenaikan saham teknologi
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 10.56 mata kepada 1,680.32 daripada paras penutup 1,669.76 pada Jumaat minggu lepas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini meningkat 0.63 peratus seiring dengan sentimen positif di pasaran utama Asia, disokong oleh kenaikan dalam saham teknologi.

Ringkasan AI
  • Indeks utama Bursa Malaysia naik 0.63% disokong sentimen positif pasaran Asia, terutamanya saham teknologi.
  • Peningkatan risiko geopolitik memperkuatkan pilihan pelabur untuk pendapatan stabil dan aliran tunai terjamin di pasaran ekuiti Malaysia.
  • Jumlah dagangan meningkat kepada RM2.40 bilion dengan saham perbankan menguat, menandakan keutamaan global yang lebih defensif.

Selain itu, peningkatan risiko geopolitik juga telah mengukuhkan pilihan pelabur untuk pendapatan yang lebih stabil dan aliran tunai terjamin dalam pasaran ekuiti Malaysia.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.56 mata kepada 1,680.32 daripada paras penutup 1,669.76 pada Jumaat minggu lepas.
Indeks utama dibuka rendah sedikit turun kepada 1,669.08, paras terendah intra harinya sebelum meraih semula momentum mencecah paras tertinggi 1,681.94 pada tengah hari dan kemudian bergerak stabil sehingga penutup dagangan.
Suasana pasaran positif sepanjang hari dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 641 berbanding 455, manakala kira-kira 534 kaunter tidak berubah, 1,025 tidak diniagakan dan 17 digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 2.53 bilion unit bernilai RM2.40 bilion daripada 2.08 bilion unit bernilai RM1.80 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Pengarah strategi pelaburan dan ahli ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata indeks utama diniagakan tinggi hari ini, sejajar dengan pasaran ekuiti serantau dan pulih sepenuhnya daripada penurunan pada Jumaat minggu lepas.
"Aktiviti dagangan bertambah baik dengan jumlah dagangan meningkat melebihi dua bilion saham berbanding minggu lepas, walaupun kekal di bawah purata harian jangka panjang sekitar tiga bilion saham, menandakan pengambilan risiko berpilih dan bukannya sembarangan."
"Lantunan semula itu diterajui saham perbankan, yang menarik pembelian semula selepas aktiviti pengambilan untung minggu lepas, apabila pelabur beralih kembali kepada saham berkualiti, dengan lembaran imbangan kukuh dan dividen tinggi," katanya kepada Bernama.
Mohd Sedek juga berkata perubahan keutamaan ini mencerminkan pendirian global yang lebih defensif, memandangkan peningkatan risiko geopolitik susulan krisis Amerika Syarikat (AS)-Venezuela telah mengukuhkan permintaan terhadap pendapatan stabil dan aliran tunai terjamin dalam pasaran ekuiti Malaysia.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks petunjuk pasaran kekal dalam aliran menaik yang sihat, disokong oleh pembelian kukuh daripada institusi tempatan.
"Kami percaya selagi indeks kekal di atas paras sokongan 1,630 hingga 1,640, struktur akan kekal utuh dan sekiranya melepasi zon 1,680 hingga 1,690, ditambah dengan penyertaan pasaran yang lebih kukuh, akan meningkatkan lagi momentum dan membuka jalan untuk bergerak ke paras psikologi 1,700.
"Kami menjangkakan FBM KLCI berada dalam jajaran 1,660 hingga 1,690 bagi dagangan minggu ini," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 12 sen kepada RM10.56, CIMB Group melonjak 14 sen kepada RM8.24, Public Bank naik tujuh sen kepada RM4.56, manakala Tenaga Nasional susut empat sen kepada RM13.74.
Dalam kalangan saham paling aktif, Tanco tidak berubah pada RM1.18, Insights Analytics melonjak 33 sen kepada RM1.46, Zetrix AI turun setengah sen kepada 80.5 sen, manakala Pharmaniaga dan TWL juga tidak berubah masing-masing pada 28 sen dan 2.5 sen.
Dalam kalangan saham paling rugi, LPI Capital susut 40 sen kepada RM14.58, Hong Leong Industries turun 36 sen kepada RM16.24, Chin Tek Plantations berkurangan 18 sen kepada RM10.22, United Plantations merosot 10 sen kepada RM30.0 dan Asia File menyusut sembilan sen kepada RM1.34.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 93.76 mata kepada 12,350.20, Indeks FBM Top 100 naik 92.57 mata kepada 12,151.23 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 64.38 mata kepada 12,130.88.
Indeks FBM Mid 70 melonjak 202.58 mata kepada 17,055.05 dan Indeks FBM ACE menambah 5.48 mata kepada 4,928.75.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 239.03 mata kepada 19,829.03, Indeks Tenaga naik 2.24 mata kepada 767.01, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.72 mata kepada 173.88, dan Indeks Perladangan menambah 32.72 mata kepada 8,303.81.
Indeks FBM Emas meningkat 93.76 mata kepada 12,350.20, Indeks FBM Top 100 menambah 92.57 mata kepada 12,151.23 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 64.38 mata kepada 12,130.88.
Manakala Indeks FBM Mid 70 melonjak 202.58 mata kepada 17,055.05 dan Indeks FBM ACE naik 5.48 mata kepada 4,928.75.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 239.03 mata kepada 19,829.03, Indeks Tenaga meningkat 2.24 mata kepada 769.01, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.72 mata kepada 173.88, dan Indeks Perladangan meningkat 32.72 mata kepada 8,303.81.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.39 bilion unit bernilai RM2.09 bilion daripada 977.85 juta unit bernilai RM1.59 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Jumlah dagangan waran turun kepada 720.28 juta bernilai RM89.92 juta daripada 812.97 juta unit bernilai RM82.36 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 417.2 juta unit bernilai RM220.77 juta daripada 290.63 juta unit bernilai RM127.81 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 202.99 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (212.75 juta), pembinaan (118.6 juta), teknologi (201.9 juta), perkhidmatan kewangan (85.65 juta), hartanah (211.53 juta), perladangan (27.85 juta), amanah pelaburan hartanah (29.96 juta), dana tertutup (8,600), tenaga (118.62 juta), penjagaan kesihatan (88.96 juta), telekomunikasi dan media (28.07 juta), pengangkutan dan logistik (43.88 juta), utiliti (19.35 juta), dan amanah perniagaan (4,400).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#fbm klci
#CIMB
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan