KUALA LUMPUR: Pelabur asing kembali membeli ekuiti Malaysia pada minggu lalu sebanyak RM425.62 juta yang menyaksikan tiga sektor mencatat aliran masuk bersih paling tinggi.
Laporan aliran dana mingguan MIDF Research mendapati sektor perkhidmatan kewangan mencatat aliran masuk asing sebanyak RM137.6 juta diikuti perkhidmatan dan produk pengguna (RM133 juta) dan penjagaan kesihatan (RM70.4 juta).
Setelah muncul sebagai penjual bersih ekuiti tempatan pada minggu sebelumnya, pelabur asing membeli ekuiti setiap hari minggu lalu dengan aliran paling tinggi direkodkan pada Khamis dan Jumaat masing-masing sebanyak RM97.42 juta dan RM105.96 juta.
"Sementara itu, tiga sektor yang mencatat aliran keluar asing paling tinggi ialah pembinaan sebanyak RM10.2 juta diikuti pengangkutan dan logistik (RM4 juta) dan REIT (RM1.4 juta)," katanya dalam laporan itu hari ini.
Sebaliknya, pelabur institusi tempatan kembali menjual ekuiti tempatan sebanyak RM252.04 juta selepas membeli ekuiti pada minggu sebelumnya.
Aliran keluar itu dicatatkan pada Isnin hingga Khamis dengan masing-masing sebanyak RM82.67 juta, Selasa (RM36.93 juta), Rabu (RM63.7 juta) dan Khamis (RM78.75 juta). Pada Jumaat, mereka membeli ekuiti berjumlah RM10.01 juta.
Sementara itu, pelabur runcit turut menjual ekuiti pada minggu lalu sebanyak RM173.57 juta. Ia merekodkan aliran keluar paling tinggi pada Jumaat berjumlah RM115.97 juta.
MIDF Research berkata, dana antarabangsa merekodkan aliran masuk ekuiti sebanyak RM6.18 bilion dalam tempoh 26 minggu daripada 45 minggu setakat tahun ini.
Ini diikuti dengan pelabur institusi tempatan yang menjual ekuiti sebanyak RM8.14 bilion dalam tempoh 31 minggu manakala pelabur runcit pula membeli RM1.96 bilion ekuiti dalam tempoh 26 minggu setakat tahun ini.
"Dari segi pergerakan pelabur, pelabur runcit dan institusi tempatan masing-masing mencatatkan peningkatan 3.15% dan 1.4%. Dagangan pelabur asing pula susut 7.21% pada minggu lalu," katanya.
Firma itu menjangkakan penyertaan pasaran yang lebih kukuh minggu ini kerana pelabur dijangka mengambil kedudukan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini dan semakan semula setengah tahun FBM KLCI.
Pada minggu lalu, indeks utama FBM KLCI menokok 2.08% atau 29.93% untuk berakhir pada 1,468.21 mata manakala ringgit menambah nilai kira-kira 2.64% berbanding dolar AS bagi mengakhiri dagangan Jumaat pada RM4.6225.
Pasaran tempatan bagi minggu berakhir 11 November itu didorong data ekonomi yang lebih baik terutama apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 14.2% melepasi unjuran pasaran pada 12.5% manakala kadar pengangguran pada September juga susut kepada 3.6%. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Nov 14 2022

MIDF Research menjangkakan penyertaan pasaran yang lebih kukuh minggu ini kerana pelabur dijangka mengambil kedudukan menjelang PRU15 Sabtu ini dan semakan semula setengah tahun FBM KLCI. - Foto DagangNews

AS & Kanada komited tentang rejim autoritarian
Amerika Syarikat dan Kanada ikrar akan bersama menentang rejim authoritarian.

Biden sahkan China tidak bekal senjata kepada Rusia
Presiden Joe Biden sahkan China tidak membekalkan senjata kepada Rusia, untuk operasi ketenteraan negara itu di Ukraine.

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Puteri Sarah berlakon drama poligami, netizen sifatkan seakan kehidupan sebenar
Sarah memuat naik gambarnya bersama dua pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan iaitu Daniella Sya dan Aida Khalida.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Konsortium Transnasional peroleh kontrak PR1MA bernilai RM153.09 juta
Kerja-kerja berkaitan dijangka bermula dari Julai 2023 dan siap menjelang Jun 2026.

Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian, CI merosot 0.8 peratus
Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 11.28 mata kepada 1,399.70, iaitu pada paras terendah hari ini berbanding 1,410.98 sewaktu ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia dapat kurangkan penurunan awal apabila ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia dapat mengurangkan sebahagian besar penurunan awalnya secara berturut-turut apabila ditutup rendah sedikit sebanyak 0.08 peratus pada Khamis.

TNB lantik Abdul Razak Majid sebagai pengerusi
Lembaga pengarah Tenaga Nasional Bhd (TNB) meluluskan pelantikan Datuk Abdul Razak Abdul Majid sebagai pengerusi syarikat bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 27 Mac, 2023.

Bursa Malaysia dibuka rendah, prestasi Wall Street turut lemah
Pada 9.25 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI susut 3.73 mata kepada 1,408.31 daripada penutup Rabu pada paras 1,412.04.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.19 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI menambah 4.78 mata kepada 1,411.33 daripada 1,406.55 sewaktu ditutup pada Selasa, selepas dibuka meningkat 2.05 mata kepada 1408.60.

Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan
Pada 9.25 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI turun 9.83 mata atau 0.70 peratus kepada 1,401.90 daripada 1,411.73 pada penutupan urus niaga Jumaat.

Nama Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia disalah guna di Facebook
Bursa Malaysia menegaskan laman Facebook itu tiada kaitan dengan Muhamad Umar dan langkah telah diambil untuk memadamnya.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar pergerakan rancak Wall Street
Pada 9.10 pagi, penanda aras FBM KLCI menokok 11.13 mata kepada 1,402.73 daripada 1,391.60 penutup Khamis.

Bursa Malaysia nafi keluarkan komunikasi pelaburan melalui WhatsApp
Bursa Malaysia Bhd hari ini menafikan yang ia mengeluarkan sebarang komunikasi berkaitan pelaburan di aplikasi WhatsApp.