KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan Rabu biarpun Wall Street mencatat prestasi bercampur-campur selepas sebahagian besar saham wajaran tinggi pulih akibat permintaan ketara yang merentasi semua sektor.
Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.76 mata kepada 1,617.25 daripada 1,611.49 yang diraih pada akhir dagangan semalam.
Indeks petunjuk utama FBM KLCI itu dibuka 5.14 mata lebih tinggi pada 1,616.63.
Kaunter untung mengatasi rugi iaitu 285 berbanding 174 manakala 366 kaunter tidak berubah, 1,576 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 402.86 juta unit bernilai RM164.73 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata peniaga kini menunggu data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang dijangka diumumkan lewat hari ini selain prospek Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedahnya pada masa ini.
"Berikutan itu, Dow Jones kehilangan 121 mata manakala Nasdaq naik 151 mata dengan sebahagian besarnya disumbangkan oleh Apple apabila harga sahamnya melonjak susulan keyakinan terhadap ciri-ciri kecerdasan buatan (AI) baharunya," katanya.
Malacca Securities Sdn Bhd pula menyifatkan perkembangan itu sebagai positif bagi sektor teknologi yang mencatat aliran kenaikan baru-baru ini, didorong oleh peningkatan permintaan untuk pelaburan pusat data di Malaysia manakala AI dan perkhidmatan awan pula mempunyai potensi bagi segmen tertentu.
"Pada masa sama, langkah beberapa pemain hartanah mengumumkan penjualan tanah kepada penyedia pusat data dan syarikat multinasional akan mendorong kenaikan selain menyebabkan kalangan pemain sektor itu terus bertahan dalam tempoh terdekat," katanya.
Sektor lain yang boleh mendapat manfaat termasuk pembinaan, bahan binaan, utiliti dan tenaga boleh baharu.
Saham wajaran tinggi menyaksikan TM terus mendahului dengan melonjak 19 sen kepada RM6.78, CIMB naik lima sen kepada RM6.94, IHH menokok enam sen kepada RM6.31, Public Bank meningkat dua sen kepada RM4.10 dan KLK menambah 32 sen kepada RM20.90.
Bagi saham aktif, Harvest Miracle meningkat satu sen kepada 11.5 sen, Talam Transform meraih setengah sen kepada 2.5 sen, JAKS Resources dan Velesto masing-masing tidak berubah pada 19 sen dan 27 sen manakala SNS Network menambah enam sen kepada 81.5 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas meraih 46.14 mata kepada 12,419.43, Indeks FBMT 100 menambah 48.07 mata kepada 11,987.28, Indeks FBM Emas Syariah meraih 58.76 mata kepada 12,774.38, Indeks FBM 70 melonjak 94.31 mata kepada 18,072.72 dan Indeks FBM ACE meraih 10.66 mata pada 5,759.59.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 28.36 mata kepada 17,619.74, Indeks Perladangan naik 29.57 mata kepada 7,080.33, Indeks Tenaga menokok 1.54 mata kepada 992.28 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.26 mata kepada 199.48.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024
Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.76 mata kepada 1,617.25 daripada 1,611.49 yang diraih pada akhir dagangan semalam. -Gambar fail/Bernama
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.