KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diniagakan rendah sedikit pada sesi pembukaan dagangan Isnin tetapi kemudiannya mula meningkat apabila kemunculan kegiatan membeli ketika saham murah yang sederhana, diselangi dengan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah aliran meningkat Wall Street, kata seorang penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI meningkat 0.02 peratus atau 0.30 mata kepada 1,442.27 berbanding penutupan Jumaat lalu pada 1,441.97.

Indeks utama dibuka 0.65 mata lebih rendah pada paras 1,441.32.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 197 berbalas 174, manakala 278 kaunter tidak berubah, 1,682 tidak diniagakan dan 23 digantung.

Jumlah dagangan 315.76 juta unit bernilai RM201.36 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street mempamerkan trend menaik secara keseluruhan dengan para peniaga memantau reaksi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) terhadap sejumlah besar data ekonomi yang positif, termasuk data pekerjaan yang lebih tinggi daripada jangkaan serta peningkatan sentimen pengguna.

"Purata Perindustrian Dow Jones melonjak 130 mata manakala Nasdaq memperoleh 64 mata apabila hasil 10 tahun AS meningkat lebih tinggi kepada 4.23 peratus," katanya kepada Bernama.

Di dalam negara pula, beliau berkata FBM KLCI ditutup tidak berubah pada urus niaga Jumaat lepas, kekal di atas paras 1,440 disebabkan kekurangan pemangkin dan kelemahan serantau.

"Justeru, kami mengunjurkan indeks utama berlegar dalam julat 1,440-1,450 hari ini," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, TNB dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah untuk kekal pada harga RM9.04, RM9.91 dan RM7.06.

Sementara itu, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.25 dan CIMB susut lima sen menjadi RM5.71.

Saham-saham aktif seperti YTL Corp peroleh lima sen kepada RM1.74, Iskandar Waterfront City mengembang lapan sen kepada 60 sen, Ekovest menambah empat sen menjadi 48 sen dan YTL Power International menokok satu sen kepada RM2.43 manakala Sarawak Consolidated susut satu sen menjadi 80.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 5.77 mata kepada 10,636.45, Indeks FBMT 100 menambah 4.64 mata kepada 10,304.94 dan Indeks FBM Emas Syariah meraih 8.70 mata kepada 10,739.62.

Indeks FBM ACE memperoleh 2.17 mata kepada 5,108.59 dan Indeks FBM 70 meningkat 17.43 mata kepada 13,974.40.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 11.19 mata kepada 16,322.75, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.17 mata untuk mencatatkan paras 169.53 dan Indeks Perladangan turun 8.33 mata kepada 6,948.66 manakala Indeks Tenaga meningkat kepada 1.41 mata kepada 797.64.

-- BERNAMA