KUALA LUMPUR:Bursa Malaysia menongkah arus trend serantau untuk ditutup tinggi hari ini dengan indeks utamanya melantun semula daripada penurunan dua hari dagangan berturut-turut, berikutan minat risiko yang bertambah baik dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), yang pulih semasa sesi tengah hari meningkat 5.78 mata untuk ditutup pada paras tertinggi hariannya pada 1,608.35 selepas mencecah paras rendah 1,589.81 sebelumnya.
Bagaimanapun, di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 676 berbanding 479, manakala 585 kaunter tidak berubah, 342 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah dagangan turun kepada 6.27 bilion unit bernilai RM4.0 bilion daripada 7.42 bilion unit bernilai RM5.89 bilion pada Isnin.
Bursa serantau kebanyakannya dalam situasi jualan di tengah-tengah sentimen pasaran lemah disebabkan oleh penurunan pasaran Amerika Syarikat (AS) dan peningkatan kes COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata indeks petunjuk pasaran itu bermula lemah hari ini apabila para pelabur dipengaruhi oleh jualan di Wall Street semalaman dan mengambil keuntungan.
Beliau juga berkata pengambilan untung biasanya menguasai pasaran bagi tempoh dua hari pertama Tahun Baharu berikutan jualan oleh pelabur institusi kerana mereka telah memegang pegangan mereka sejak Krismas ekoran persekitaran pencairan yang rendah.
"Januari biasanya bulan yang mencatatkan prestasi baik dan kita melihat pasaran telah mula melantun semula.
"Aktiviti pengambilan untung hanya sementara sahaja kerana kita mempunyai asas yang kukuh memandangkan ekonomi kita berada di landasan pemulihan, (dengan) kadar penghunian yang bertambah baik, vaksin COVID-19 yang bakal diterima tidak lama lagi dan harga komoditi yang stabil," katanya kepada Bernama.
Nazri Khan berkata paras sokongan seterusnya kini dilihat pada 1,600 dan paras ketahanan pada 1,620.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank naik 10 sen kepada RM20.62, Tenaga meningkat lapan sen kepada RM10.54, IHH Healthcare menokok 13 sen kepada RM5.65 dan Top Glove menambah 22 sen kepada RM5.72.
Maybank susut empat sen kepada RM8.31 dan Petronas Chemicals turun 11 sen kepada RM7.10.
Dalam kalangan kaunter cergas, BCMall turun empat sen kepada 32 sen, Ageson meningkat setengah sen kepada 13.5 sen, AT Systematization susut satu sen kepada 17.5 sen dan Yong Tai menokok 1.5 sen kepada 32 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 12.93 mata kepada 11,619.39, Indeks FBMT 100 naik 13.83 mata kepada 11,357.99, Indeks FBM Emas Shariah menokok 31.35 mata kepada 12,974.75 dan FBM ACE menambah 23.76 mata kepada 10,817.1.
Bagaimanapun, FBM 70 turun 87.1 mata kepada 14,911.44.
Indeks Perladangan meningkat 25.16 mata kepada 7,354.66 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 37.75 mata kepada 15,204.16 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.16 mata kepada 174.29.
Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 3.64 bilion saham bernilai RM3.08 bilion daripada 4.72 bilion saham bernilai RM5.18 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan waran turun kepada 357.4 juta unit bernilai RM54.67 juta daripada 568.69 juta unit bernilai RM79.52 juta.
Bagaimanapun, jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.27 bilion saham bernilai RM861.09 juta daripada 2.13 bilion saham bernilai RM627.76 juta sebelumnya.
Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 674.42 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (972.12 juta), pembinaan (570.66 juta), teknologi (258.41 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (56.62 juta), hartanah (390.46 juta), perladangan (44.98 juta), REITs (13.33 juta), dana tertutup (2,500), tenaga (249.39 juta), penjagaan kesihatan (160.15 juta), telekomunikasi dan media (48.68 juta), pengangkutan dan logistik (144.69 juta) dan utiliti (57.18 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 05 2021

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), yang pulih semasa sesi tengah hari meningkat 5.78 mata untuk ditutup pada paras tertinggi hariannya pada 1,608.35. - Gambar fail/BERNAMA

Diarah menghadap Tribunal Lembaga Disiplin UMNO, Tun Faisal tuntut tiga permintaan
Permintaan berkenaan jelasnya bagi menjamin dan memastikan proses pendengaran dan membuat keputusan tribunal ini dilaksanakan secara adil dan telus

Australia lulus undang-undang wajibkan Google, Facebook bayar kandungan berita
Undang-undang itu akan memastikan syarikat media diberi bayaran sewajarnya untuk kandungan yang mereka hasilkan.

AWANI Ringkas: Vaksin: Tindakan undang-undang jika sebar berita palsu | Penerima Pfizer tunjuk antibodi kuat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Politik | Menjelang persidangan Parlimen semasa darurat
Kita bersama Prof Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik bagi perinciannya.

Undang-undang syariah seks luar tabii Selangor tidak sah - Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan membenarkan usul dikemukakan seorang lelaki berusia 35 tahun yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 21 Ogos 2019 atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii.

Keputusan Mahkamah | Apa makna disebalik keputusan Mahkamah Persekutuan?
Untuk memahami perkara ini dengan lebih baik, kita bersama dengan seorang peguam, Yusfarizal Yusoff.

Keputusan | Mahkamah Persekutuan mengenepikan undang-undang Syariah Selangor
Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Keputusan itu sekali gus mengenepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Vaksin COVID-19 | Wakil rakyat, NGO perlu bantu Kkm hebahkan maklumat
Wakil rakyat di setiap kawasan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) harus dijadikan rakan strategik Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha negara mencapai imuniti kelompok melalui suntikan vaksin COVID-19. Ini kerana, mereka dilihat lebih dekat dengan masyarakat tempatan dan memahami selok belok dan rencam di sesebuah kawasan terutama di kawasan pedalaman.

Vaksin petugas hadapan Langkawi selamat dibawa dengan RORO
Konvoi membawa vaksin, diketuai Supt Syed Basri Syed Ali bersama enam pegawai dan sembilan anggota bagi memastikan kelancaran penghantaran, tiba tepat pada waktunya.

Persidangan Parlimen penting bagi pastikan wujudnya semak dan imbang - Undi 18
Pembukaan persidangan Parlimen amat penting supaya wakil rakyat boleh membahaskan permasalahan rakyat serta menyuarakan pendapat dan aspirasi mereka.

Petronas temui minyak di Jawa Timur, Indonesia
PC North Madura II adalah pengendali dengan 100 peratus kepentingan penyertaan dalam PSC North Madura II.

Penemuan baharu sumber gas di pesisir pantai, Sarawak bincang dengan Petronas
Dua telaga terbabit dikenali telaga penilaian penerokaan Lang Lebah-2 di Blok SK410B (PSC) dan di telaga Dokong-1 di Blok SK417.

Keputusan kewangan korporat yang lebih baik dorong Bursa dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 12.07 mata atau 0.77 peratus kepada 1,577.12 daripada 1,565.05 ketika ditutup pada petang Selasa.

Petronas temui minyak di telaga eksplorasi Dokong-1
Penemuan minyak bebas pencemaran di Dokong-1, di perairan cetek Baram berhampiran pantai Sarawak.

Petronas sumbang RM1.2 trilion sejak 1976 kepada pembangunan negara
Sumbangan itu termasuk kepada kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, kutipan cukai dan pembayaran royalti minyak.

Petronas akan terus berusaha harungi segala cabaran mendatang
Susut nilai atau penurunan berlaku disebabkan harga minyak yang tidak menentu, yang telah menjejaskan kunci kira-kira Petronas sepanjang 2020.

Petronas akan tawar 13 blok eksplorasi luar pantai pada MBR 2021
Pelancaran MBR 2021 itu akan distrimkan secara langsung ke Amerika Utara, United Kingdom dan Eropah serta Asia Pasifik.

Pengeluaran sulung gas dari Blok H tingkatkan lagi potensi pelaburan - Petronas
Petronas telah mengesahkan pengeluaran gas sulung dari medan Rotan dan Buluh di Blok H, luar pantai Sabah pada 6 Feb lepas.

220 lagi pelajar program Dasar Pandang ke Timur bakal berlepas ke Jepun
Pelajar terbabit telah menyempurnakan kursus komprehensif selama 20 bulan di sini termasuk penguasaan Bahasa Jepun.

KWSP dapat CEO baharu, Amir Hamzah ganti Tunku Alizakri
Amir yang sebelum ini merupakan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menggantikan Tunku Alizakri Alias yang telah menerajui KWSP semenjak 20 Ogos 2018.