Skip to main content

Dunia

Greece sahkan kapal tangki berdaftar di negara itu diserang di Laut Hitam

FILE PHOTO: Maran Homer, a Greek-flagged tanker, transits the Bosphorus, in Istanbul, Turkey, October 15, 2025. REUTERS/Yoruk Isik/File Photo
Sebuah kapal tangki berdaftar di Greece telah diserang berhampiran pelabuhan Laut Hitam Novorossiysk, Rusia pada awal pagi Sabtu, kata Menteri Hal Ehwal Maritim dan Dasar Kepulauan Greece, Vasilis Kikilia. - Gambar fail/REUTERS/Yoruk Isik

ATHENS: Sebuah kapal tangki berdaftar di Greece telah diserang berhampiran pelabuhan Laut Hitam Novorossiysk, Rusia pada awal pagi Sabtu, kata Menteri Hal Ehwal Maritim dan Dasar Kepulauan Greece, Vasilis Kikilias, lapor Xinhua.

Bercakap kepada penyiar nasional Greece ERT, Kikilias berkata kapal itu mengalami kerosakan material yang terhad, dan kesemua 24 kru di atas kapal, termasuk 10 warga Greece, berada dalam keadaan selamat.

Advertisement

Kerajaan Greece mungkin akan membangkitkan isu itu di peringkat Eropah jika perlu, katanya, sambil menyifatkan serangan ke atas kapal komersial yang berdaftar di Greece sebagai "tidak boleh diterima dan amat berbahaya."

Kapal berkenaan telah berlepas dari pelabuhan Thessaloniki di utara Greece tanpa membawa sebarang kargo dan dijadualkan untuk mengangkut minyak.

Kapal itu telah disewa oleh syarikat tenaga Amerika Syarikat (AS), Chevron.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca serangan itu, yang mungkin melibatkan dron atau peluru berpandu kecil, kata Kikilias, sambil menyatakan bahawa insiden serupa telah berlaku di rantau Laut Hitam yang lebih luas dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video