awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia tambah tujuh konstituen baharu kepada F4GBM, F4GBMS

Bernama
Bernama
10/12/2021
00:15 MYT
Bursa Malaysia tambah tujuh konstituen baharu kepada F4GBM, F4GBMS
Bursa Malaysia Bhd umum tujuh tambahan baharu masing-masing kepada konstituen Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM) dan Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia Shariah (F4GBMS) bagi tempoh semakan terkini Disember 2021. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd pada Khamis mengumumkan tujuh tambahan baharu masing-masing kepada konstituen Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM) dan Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia Shariah (F4GBMS) bagi tempoh semakan terkini Disember 2021.
Bursa Malaysia berkata terdapat juga tiga pembatalan daripada konstituen Indeks F4GBM dan empat daripada konstituen Indeks F4GBMS, menjadikan jumlah bilangan konstituen Indeks F4GBM kepada 80 dan konstituen Indeks F4GBMS kepada 57.
"Semua perubahan konstituen akan berkuat kuasa pada permulaan perniagaan pada Isnin, 20 Dis 2021," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Indeks F4GBM yang diilancarkan pada Disember 2014 dengan 24 konstituen mengukur prestasi syarikat senaraian awam (PLC) yang mempamerkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang tinggi.
Sementara itu, Indeks F4GBMS yang dilancarkan pada Julai 2021 dengan 54 konstituen mengesan konstituen dalam F4GBM yang patuh Syariah menurut metodologi penapisan Majlis Penasihat Syariah (SAC).
Senarai Indeks F4GBM dan Indeks F4GBMS yang dikemas kini akan tersedia di laman web Bursa Malaysia https://www.bursamalaysia.com/trade/our_products_services/indices/ftse4good-bursa-malaysia-f4gbm-index, selepas 24 Dis, 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#F4GBMS
#FTSE4Good Bursa Malaysia Shariah
#F4GBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan