awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia tegur Fitters, denda lima pengarah RM400,000 seorang

Bernama
Bernama
12/09/2025
23:45 MYT
Bursa Malaysia tegur Fitters, denda lima pengarah RM400,000 seorang
Fitters ditegur selepas gagal membuat pengumuman segera pada 7 dan 8 Mac 2023, mengenai satu pengambilalihan oleh anak syarikat milik penuhnya, Fitters Development Property Sdn Bhd. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd secara terbuka telah menegur Fitters Diversified Bhd dan lima pengarahnya kerana melanggar keperluan penyenaraian Pasaran Utama.
Bursa melalui satu kenyataan menjelaskan para pengarah itu terdiri daripada Datuk Sok One a/l Esen, Hoo Swee Guan, Datuk Seri Gan Chow Tee, Wong Kok Seong dan Kho See Yiing. Setiap daripada mereka didenda RM400,000, ini membawa jumlah penalti kepada RM2 juta.
Fitters telah ditegur selepas gagal membuat pengumuman segera pada 7 dan 8 Mac 2023, mengenai satu pengambilalihan oleh anak syarikat milik penuhnya, Fitters Development Property Sdn Bhd.
Pengambilalihan itu melibatkan pembelian sebanyak 12.14 juta saham biasa atau 4.54 peratus Computer Forms (Malaysia) Bhd (CFM) pada harga RM26.44 juta tunai dan 6.18 juta unit atau 4.78 peratus Waran A daripada CFM pada harga RM8.33 juta secara tunai melalui pasaran terbuka.
Syarikat itu juga ditegur selepas gagal memastikan bahawa pengumuman mengenai pengambilalihan tersebut, bertarikh 9 Mac 2023, dibuat tepat pada masanya. Kenyataan yang mendakwa pengambilalihan itu tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham adalah tidak tepat, palsu dan mengelirukan, kata bursa.
Kesemua lima pengarah pada masa berkenaan telah tidak mematuhi keperluan penyenaraian Pasaran Utama dengan membenarkan syarikat itu melakukan pelanggaran.
"Bursa Malaysia melihat pelanggaran ini dengan serius disebabkan keperluan untuk membuat pengumuman segera dan mendapatkan kelulusan pemegang saham lebih awal bagi sebarang urus niaga adalah asas untuk membantu para pelabur dalam membuat keputusan pelaburan yang dimaklumkan, selain bertujuan melindungi kepentingan para pemegang saham.
"Keperluan ini juga akan membolehkan para pemegang saham peluang untuk membuat pertimbangan yang tepat pada masa, urus niaga yang berpotensi memberi kesan buruk terhadap kepentingan mereka," katanya.
Bursa itu turut mengingatkan Fitters dan Lembaga Pengarahnya mengenai tanggungjawab mereka untuk menegakkan standard tanggungjawab serta akauntabiliti korporat yang sesuai kepada para pemegang saham dan orang awam yang melabur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Fitters
#pengambilalihan
#pengarah syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan