awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa tegur, denda MD/CEO Serba Dinamik RM15,000

Bernama
Bernama
29/09/2023
13:02 MYT
Bursa tegur, denda MD/CEO Serba Dinamik RM15,000
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka dan mengenakan denda RM15,000 terhadap Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holdings Bhd Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka dan mengenakan denda RM15,000 terhadap Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holdings Bhd Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah.
Menurut Bursa Malaysia Securities dalam kenyataan hari ini, Mohd Abdul Karim melanggar perenggan 14.08(d) Keperluan Penyenaraian (LR Utama) Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities kerana gagal memberi notis kepada setiausaha syarikat dalam tempoh satu hari pasaran penuh selepas pelupusan kepentingannya dalam 107.96 juta saham Serba Dinamik pada 9 Mei 2022, membolehkan syarikat mengumumkan dengan segera satu notis.
"Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran di atas dan mengingatkan Mohd Abdul Karim mengenai tanggungjawabnya untuk mengekalkan standard tanggungjawab korporat dan akauntabiliti yang sesuai kepada pemegang saham dan pelabur awam," katanya, sambil menambah pelupusan itu hanya diumumkan pada 12 Ogos 2022.
Menurut perenggan 14.08(d) LR Utama, pengarah yang ingin berurus niaga dalam sekuriti tersenarai bagi penerbit tersenarainya sendiri dalam tempoh tertutup perlu memberi notis mengenai urusan tersebut (termasuk memperoleh atau melupuskan sekuriti atau sebarang kepentingan dalam sekuriti di bawah perenggan 14.02(b)(i) LR Utama) secara bertulis kepada setiausaha syarikat dalam tempoh satu hari pasaran penuh selepas urus niaga itu berlaku.
Justeru, syarikat yang terjejas perlu segera mengumumkan notis tersebut kepada bursa.
Syarikat yang terjejas juga perlu memasukkan tarikh urus niaga berlaku; pertimbangan untuk urusan tersebut dan jumlah sekuriti yang terlibat dalam urus niaga berkenaan, kedua-duanya dari segi mutlak dan sebagai peratusan daripada semua sekuriti terbitan kelas itu dalam syarikat yang terjejas, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia Securities Bhd
#Serba Dinamik Holdings Bhd
#CEO
#Mohd Abdul Karim Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan