awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan labur di Indonesia untuk perluas ladang Felda - Mohd Isa

Bernama
Bernama
21/07/2015
00:07 MYT
Cadangan labur di Indonesia untuk perluas ladang Felda - Mohd Isa
ISA: Selain tanaman sawit, tanah tersebut juga sesuai untuk tanaman tebu dan boleh menampung keperluan kilang gula milik MSM Malaysia Holdings Berhad, anak syarikat FGV.
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata cadangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk melabur di Indonesia bertujuan memperluas sektor perladangannya.
Ini kerana kata beliau, Felda menghadapi kekangan untuk menambah keluasan ladang di negara ini disebabkan ketiadaan tanah sesuai.
"Oleh itu, kita beralih ke Indonesia kerana kedudukan negara tersebut paling hampir dengan negara ini. Lagipun kita memang sudah mempunyai ladang di Kalimantan," katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau, di sini semalam.
Beliau diminta mengulas rancangan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membeli tanah seluas 420,000 hektar daripada PT Eagle High Plantations (EHP) di Indonesia bagi tujuan itu.
Mohd Isa berkata selain tanaman sawit, tanah tersebut juga sesuai untuk tanaman tebu dan boleh menampung keperluan kilang gula milik MSM Malaysia Holdings Berhad, anak syarikat FGV.
Ini kerana katanya pada masa ini Felda belum memiliki ladang tebu.
"Ini antara faktor yang FGV lihat untuk pelaburan di Indonesia itu. Kita juga berharap dengan penglibatan kita dengan EHP ini kita dapat memasuki pasaran Indonesia yang besar bagi memasarkan pelbagai produk Felda termasuk minyak masak dan sebagainya.
"Kita sedang menunggu pandangan pihak ketiga dalam perkara ini dan akan dibawa ke mesyuarat agung luar biasa bulan depan untuk mendapat kelulusan bagi kita membeli sebahagian saham EHP," katanya.
Topic Berkaitan
#Felda
#FGV
#Indonesia
#Isa Abdul Samad
#ladang
#tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan