awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos

Pia Ernadya
Pia Ernadya
05/02/2026
11:30 MYT
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Gabungan ketahanan ekonomi dan sokongan bantuan bersasar dari kerajaan turut membawa kepada faktor peningkatan perbelanjaan pengguna. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik bahawa negara ini berada di landasan yang betul sepanjang 2025, menurut kaji selidik Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos).
Menurut Pengarah Bersekutu Ipsos, Syarfa Akhiar, yang memetik dapatan Global Consumer Confidence Index 2025, keyakinan tersebut didorong oleh tiga faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan tahap optimisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Faktor pertama ialah ketahanan ekonomi negara, apabila prestasi ekonomi Malaysia pada 2025 menunjukkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh,” katanya.
Beliau berkata, kadar inflasi yang menurun serta pasaran pekerjaan yang lebih stabil turut memainkan peranan penting dalam membentuk sentimen positif rakyat.
“Kadar inflasi sebenarnya menurun pada tahun lalu dan kita juga menyaksikan pasaran pekerjaan yang lebih kukuh secara keseluruhan.
“Keadaan ini telah mewujudkan rasa optimisme serta kesejahteraan dalam kalangan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI di ibu negara pada Khamis.
Faktor kedua yang mendorong optimisme rakyat ialah bantuan kerajaan pusat yang bersasar, seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta BUDI95.
Tambah beliau, bantuan-bantuan ini membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap hala tuju negara.
Gabungan ketahanan ekonomi dan sokongan kerajaan tersebut akhirnya membawa kepada faktor ketiga, iaitu peningkatan perbelanjaan pengguna.
“Dari segi statistik, kita melihat jualan runcit turut mencatat peningkatan,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa sektor Barangan Pengguna Cepat Laris (FMCG) menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang 2025.
“Sektor FMCG juga berkembang pesat pada tahun lalu, didorong oleh pelbagai inisiatif dan campur tangan kerajaan,” katanya.
Menurut Syarfa, keseluruhan faktor ini membantu rakyat Malaysia menyerap dan mengurangkan tekanan kos sara hidup, sekali gus mengubah corak perbelanjaan pengguna.
Topic Berkaitan
#Ipsos
#rakyat Malaysia
#hala tuju negara
#KDNK
#Inflasi
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan