KUALA LUMPUR: AmGeneral Holdings Bhd (AGHB), anak syarikat 51 peratus milik AMMB Holdings Bhd, menandatangani perjanjian pelaksanaan dengan Liberty Insurance Bhd (LIB) bagi cadangan penjualan anak syarikat milik penuhnya, AmGeneral Insurance Bhd (AGIB) dengan nilai kira-kira RM2.29 bilion.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AMMB berkata cadangan penjualan itu akan dibiayai melalui gabungan tunai dan saham, yang akan menjadikan AMMB memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam perniagaan LIB dan AGIB.
"Cadangan penjualan itu tertakluk kepada kelulusan pengawalseliaan iaitu LIB akan mengambil alih 100 peratus kepentingan ekuiti dalam AGIB daripada AGHB," katanya.
Selepas selesai cadangan penjualan itu, katanya AMMB dan Liberty Mutual Insurance Company, syarikat induk LIB, masing-masing akan memiliki 30 peratus dan 70 peratus kepentingan ekuiti dalam LIB dan AGIB.
"AMMB akan mengambil kira cadangan penjualan itu sebagai penjualan anak syarikat dan berikutnya, akan menyumbang 30 peratus kepentingan tetap dalam LIB dan AGIB sebagai syarikat bersekutu," katanya.
Katanya cadangan penjualan akan turut menyaksikan kumpulan AMMB menjalin kerjasama bankasurans baharu untuk tempoh 20 tahun.
Dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AMMB, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata cadangan urus niaga ini akan menetapkan landasan untuk kumpulan berkembang dan bersaing dengan lebih baik, mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran insurans Malaysia.
Beliau berkata gabungan entiti itu dijangka menjadi syarikat insurans motor terbesar serta syarikat insurans hartanah dan kemalangan nombor dua dalam pasaran.
"Sinergi yang akan dapat dimanfaatkan itu akan memberi faedah kepada pemegang saham, pelanggan, pekerja dan semua pihak berkepentingan yang lain," katanya.
LIB memberikan perkhidmatan dalam pasaran insurans Malaysia melalui kira-kira 450 pekerja di 24 lokasi cawangan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AMMB Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, gabungan entiti itu dijangka menjadi syarikat insurans motor terbesar serta syarikat insurans hartanah dan kemalangan nombor dua dalam pasaran.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.