awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden kemalangan tren di Sepanyol - Wisma Putra
Enam projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi lewat setakat Dis 2025 - Fadillah
Ringgit dijangka meningkat kepada 3.94 berbanding dolar AS menjelang akhir 2026 - AmBank
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kinabatangan: Calon BN lancar manifesto, tawar 10 janji

Bernama
Bernama
22/01/2026
07:48 MYT
PRK Kinabatangan: Calon BN lancar manifesto, tawar 10 janji
Manifesto yang dilancarkan oleh Mohd Kurniawan Naim.
KINABATANGAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Moktar hari ini melancarkan manifesto yang mengandungi 10 janji untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan kawasan itu.
Menerusi manifesto dimuat naik di Facebook rasminya, beliau berjanji akan menubuhkan Majlis Pembangunan Strategik Kinabatangan (MPSK) bagi merancang dan memantau pelan perancangan pembangunan Parlimen Kinabatangan, selain wakil pembangkang juga akan dilantik bagi proses semak dan imbang.
Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan itu turut berjanji akan membentangkan laporan kewangan setiap enam bulan, selain mewujudkan pusat pengumpulan hasil laut dan sungai bagi meningkatkan pendapatan nelayan serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam di Kinabatangan.
Turut terkandung dalam manifesto itu ialah penubuhan Yayasan Kinabatangan (Yakin) bagi bantuan pendidikan, kebajikan dan kecemasan; membina hab pelancongan dan kebudayaan; mentransformasikan Pusat Daerah Mengundi (PDM) sebagai Laman Stay Belia; memperkenalkan program Untung Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET); pelaksanaan e-tuiysen percuma serta penyediaan pemeriksaan kesihatan percuma secara berkala.
"Hari ini saya tidak datang membawa janji yang indah di bibir. Saya datang membawa pelan kerja yang boleh diaudit, dipantau dan dipersoalkan oleh rakyat. Saya mungkin muda, mungkin baru tetapi saya yakin, keikhlasan yang disusun dengan perancangan yang jelas akan mengalahkan janji kosong yang diulang-ulang.
"Saya mahu Kinabatangan bergerak ke hadapan dengan kerja, bukan retorik. Ambillah saya bekerja, tegurlah saya jika tersasar dan nilailah saya melalui hasil," katanya.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala bagi DUN Lamag pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
Pilihan raya kecil itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kinabatangan
#Calon BN
#Manifesto
#Mohd Kurniawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan