awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAEXPO: e-Commerce Zone permudah urusan kastam dengan China

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
11/09/2018
10:30 MYT
CAEXPO: e-Commerce Zone permudah urusan kastam dengan China
Ong Kian Ming (tengah) melihat model skala gedung Malaysia e-Commerce Zone di Nanning. -Astro AWANI/Siti Nursyazwani
Dalam usaha meningkatkan lagi kerjasama perdagangan di antara Malaysia-China, sebuah gedung bersama kedua-dua negara ditubuhkan di Nanning, China.
Dikenali dengan nama ‘Malaysia e-Commerce Zone’, penubuhan gedung ini bermatlamat memudahkan pengurusan kastam membabitkan produk tempatan yang memasuki pasaran China.
Gedung itu turut menempatkan ruang khas bagi pasaran e-dagang dari Malaysia yang membolehkan produk tempatan keluaran usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) disemak mengikut piawaian yang ditetapkan.
Hadir merasmikan gedung ‘Malaysia e-Commerce Zone’ ialah Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Ong Kian Ming pada Selasa.
Ong Kian Ming (tengah) diberi taklimat tentang Malaysia e-Commerce Zone.
Ong Kian Ming (tengah) diberi taklimat tentang Malaysia e-Commerce Zone.
Selain penubuhan gedung tersebut, antara perancangan lain adalah membuka laluan penerbangan kargo Nanning-Kuala Lumpur yang berpotensi menjana nilai import/eksport mencecah RM500 juta setahun.
Menurut Pengurus Projek, China Post Group Guangxi, Pang Jia, kerjasama ini adalah bagi mempromosikan perdagangan stabil di antara kedua-dua negara melalui perkhidmatan penghantaran yang lebih efektif.
Ong Kian Ming bersama delegasi perdagangan Malaysia-China.
Ong Kian Ming bersama delegasi perdagangan Malaysia-China.
“Antara pelan bisnes yang akan terjalin melalui kerjasama ini adalah perkhidmatan penghantaran ekspres dalam dan luar negara,” katanya.
Kerjasama kedua-dua negara ini dilihat bakal meningkatkan kemampuan peniaga IKS tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Topic Berkaitan
#CAEXPO
#China
#China Post
#kastam
#MITI
#Ong Kian Ming
#Pang Jia
#penerbangan kargo
#peniaga
#PKS
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan