Pengguna yang menghadapi masalah dengan peniaga berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksanakan bulan depan, boleh menyalurkan aduan mereka menerusi sistem aplikasi telefon pintar iaitu 'EZ Complaint'.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata aplikasi itu membolehkan pengguna menyalurkan aduan mereka dalam bentuk gambar sebagai bukti, terus ke sistem E-Aduan.
Beliau berkata EZ Complaint dibangunkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di bawah program '1Gov App Store'.
"Aplikasi ini mempunyai beberapa ciri untuk memudahkan pengguna seperti 'GEOTAG' di mana pengguna tidak perlu mengisi alamat premis yang diadu dan tidak perlu mengisi nombor aduan untuk penyemakan status.
"Profil pengguna yang berulang, notifikasi e-mel dan maklumat lain yang berkaitan juga hanya diperlukan pada kali pertama memuat turun aplikasi ini," katanya semasa merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang 2015 Peringkat Kebangsaan di pasar raya 'The Store' di pusat membeli-belah Kuantan Parade di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepengunaan Pahang Datuk Seri Shahiruddin Abd Moin dan Pengurus Besar Kanan Operasi Kumpulan The Store, Winky Pek.
Sementara itu, Hasan berkata Pusat Pengurusan Aduan Pengguna kementeriannya menerima sebanyak 14,089 aduan berkaitan isu kepengunaan pada tahun 2014, berbanding 11,851 aduan pada tahun sebelumnya.
"Daripada jumlah aduan yang diterima tahun lepas, sebanyak 95.87 peratus atau 13,507 aduan berjaya diselesaikan berbanding tahun 2013 iaitu hanya 10,864 aduan atau 91.7 peratus sahaja yang diselesaikan," katanya.
Hasan berkata antara faktor yang menyebabkan peningkatan jumlah aduan adalah kejayaan kempen dan pendidikan kepenggunaan dalam memberi kesedaran kepada pengguna untuk memperkasakan hak mereka.
Selain itu, publisiti meluas oleh media mengenai kejayaan operasi penguatkuasaan kementerian juga memberi keyakinan kepada pengguna bahawa aduan mereka akan diberi perhatian, tambah beliau.
Bernama
Sun Mar 01 2015
Pengguna yang menghadapi masalah dengan peniaga berkaitan CBP yang akan dilaksanakan bulan depan, boleh mengadu menerusi 'EZ Complaint'. - Gambar Fail
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023
CBP) hari ini mengumumkan kadar dividen bagi Syer Biasa adalah sebanyak 6.50 peratus dan Syer Keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2023.
CBP agih dividen tertinggi berjumlah RM60.91 juta
CBP mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sejak penubuhannya berjumlah RM60.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.
Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah
Baharom berkata, keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.
Kibar kain rentang 10 meter di dasar laut, CBP catat nama dalam MBOR
CO-OPBANK Pertama (CBP) berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kibaran kain rentang sepanjang 10 meter di dasar laut.
CBP agih wakalah zakat lebih RM500,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah lebih RM512,000 menerusi Program CBP Mahabbah yang mensasarkan golongan asnaf berkelayakan.
CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.
Kempen Hello CBP tawar hadiah keseluruhan lebih RM1 juta
Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih dari RM1 juta menerusi Kempen Hello CBP yang bermula dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.
CBP, PR1MA jalin kerjasama bantu pemilikan kediaman menerusi CBP MyPR1MA
Co-opbank Pertama (CBP) menjalin kerjasama bersama PR1MA menerusi Skim CBP MyPR1MA bagi membantu golongan pertengahan memiliki kediaman impian mereka di seluruh negara.
CBP buka semula tawaran syer kepada orang ramai mulai 1 Jan 2023
Langkah itu diyakini dapat membantu meningkatkan bilangan anggota serta modal syer anggota CBP untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
CBP agih wakalah zakat hampir RM370,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah RM367,168 kepada 16 buah masjid dan 400 penerima individu di seluruh negara.