Pos Malaysia Bhd mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO), Al-Ishsal Ishak, berkuat kuasa 30 Sept ini.
Pos Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, peletakan jawatan Al-Ishsal adalah disebabkan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mulai 1 Okt depan.
"Lembaga Pengarah Pos Malaysia akan mencari pengganti sesuai untuk Al-Ishsal dan akan membuat pengumuman yang sewajarnya tidak lama lagi," katanya.
Al-Ishsal menyertai Pos Malaysia sebagai CEO Kumpulan pada 2 Feb 2018 bagi menggantikan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh yang telah meletak jawatan pada 31 Dis tahun lepas.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia dan adalah seorang pemegang biasiswa Japan Airlines di Universiti Sophia, Tokyo.
Sebelum memasuki Pos Malaysia, beliau memegang pelbagai jawatan dalam dunia korporat, antaranya, sebagai Ketua Pegawai Digital McCann Ericsson Worldgroup, CEO Baraka Telecom, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Produk Malaysia Airlines Bhd, Ketua Kumpulan Pendapatan Sampingan AirAsia Group Bhd dan kemudian memegang pelbagai jawatan penting dalam Kumpulan Tune.
Beliau juga pernah menjadi Pengarah Urusan ECO Capacity Exchange Ltd (London) Asia Tenggara, serta jurulatih dan perunding kumpulan Airbus.
Al-Ishsal juga pernah berkhidmat di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia dan merupakan bekas anggota Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 26 2018
Al-Ishsal (gambar) menyertai Pos Malaysia sebagai CEO Kumpulan pada 2 Feb 2018 bagi menggantikan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh yang telah meletak jawatan pada 31 Dis tahun lepas. - Gambar fail
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
NFCP: RM21.6bil hanya anggaran, kesalinghubungan rakyat bakal meluas
NFCP menggaris strategi, sasaran dan tindakan yang akan memastikan ketersediaan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik untuk negara.
5G untuk industri dijangka bermula seawal tahun depan - SKMM
Pengarahnya, Al-Ishsal Ishak berkata pihak industri akan mendapat lebih keutamaan berbanding pengguna, tidak seperti teknologi rangkaian 3G dan 4G sebelum ini.
Pameran teknologi 5G beri peluang kepada rakyat Malaysia - SKMM
Pameran 5G itu akan diadakan di Putrajaya sempena sambutan ulang tahun ke-20 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadiri majlis tersebut.
CEO Kumpulan Pos Malaysia letak jawatan 30 Sept ini
Peletakan jawatan Al-Ishsal adalah disebabkan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mulai 1 Okt depan.
Pos Malaysia keluarkan setem khas sempena ulang tahun Mahathir
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Al-Ishsal Ishak berkata setiap lembaran 'Setem Ku' menampilkan reka bentuk berbeza dan dijual dengan harga 60 sen setiap satu.