KUALA LUMPUR: CIMB Investment Bank Bhd telah mengekalkan unjurannya untuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tahun 2024 pada 4.9 peratus dan mengulangi jangkaan bagi Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 3.00 peratus sehingga akhir tahun.
Ia berkata petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini berikutan penguncupan tahun ke tahun pada suku keempat 2023, Indeks Pengurus Pembelian mencatatkan 49.0 pada suku pertama 2024 berbanding 47.5 pada suku keempat 2023 serta pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian merekodkan 4.3 peratus tahun ke tahun pada Januari 2024.
"Pecutan dalam eksport Korea Selatan yang merupakan penggerak perdagangan, menyokong momentum yang lebih kukuh untuk industri berorientasikan eksport Malaysia khususnya elektrik dan elektronik," kata bank itu dalam laporan perbendaharaan dan penyelidikan pasarannya.
Bagaimanapun, kelemahan ekonomi China kekal sebagai risiko utama, katanya.
Di peringkat tempatan, bank itu berkata kestabilan politik lebih baik dan hala tuju dasar yang lebih jelas dengan pembentukan pelan induk boleh memberi dorongan kepada aktiviti pelaburan, disokong oleh peningkatan 23 peratus tahun ke tahun dalam pelaburan yang diluluskan pada 2023.
"Pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan menyumbang 46 peratus daripada jumlah keseluruhan dan 30 peratus daripadanya telah dilaksanakan tahun lepas, membayangkan saluran pelaburan yang kukuh di samping projek infrastruktur sedia ada.
"Penciptaan pekerjaan terus menyokong pasaran buruh yang sihat selain langkah bantuan sosial oleh kerajaan, boleh mengimbangi sebahagian daripada tekanan kos sara hidup terhadap penggunaan swasta, terutamanya dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah," katanya.
Sementara itu, CIMB berkata Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan pendirian dasar monetarinya yang bergantung kepada data dalam persekitaran risiko inflasi daripada rancangan rasionalisasi subsidi.
Walaupun menyatakan terdapat risiko untuk inflasi keseluruhan, CIMB berkata impak tambahan adalah lebih ringan berikutan keputusan untuk mengecualikan sektor logistik daripada cukai perkhidmatan, penangguhan cukai barang bernilai tinggi dan pengurangan 3.3 peratus dalam wajaran pengangkutan dalam langkah wajaran semula Indeks Harga Pengguna terkini.
"Pendekatan penyusunan semula subsidi secara beransur-ansur kerajaan mencadangkan pelarasan harga RON95 mungkin berperingkat-peringkat dalam tempoh masa lebih lama yang sepatutnya mengekalkan tekanan inflasi tetapi juga meningkatkan trajektori inflasi jangka sederhana berbanding purata jangka panjangnya (2011-2019: 2.2 peratus tahun ke tahun).
"Sementara menunggu kejelasan mengenai masa dan kuantum pembaharuan subsidi RON95, BNM dijangka akan menjadi sebaliknya dalam kitaran penurunan kadar global yang akan berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
CIMB berkata, kestabilan politik lebih baik dan hala tuju dasar yang lebih jelas dengan pembentukan pelan induk, boleh memberi dorongan kepada aktiviti pelaburan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
CIMB perkenal kad debit Visa khas bantu kanak-kanak palsi serebrum
CIMB turut perkenalkan Hab Komuniti di cawangan-cawangan terpilih, meraikan 100 tahun perkhidmatannya kepada masyarakat dengan ruang untuk libat urus bermakna.
Menjana masa depan dengan pembiayaan untuk PKS teknologi hijau
GreenBizReady CIMB menawarkan latihan dan pembinaan kapasiti percuma untuk mempercepatkan pelaksanaan amalan perniagaan lestari oleh PKS, menerusi pelbagai inisiatif diterajui industri.
CIMB peruntuk RM2.5 juta tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank menawarkan kemudahan kepada pelanggan untuk permohonan Pelan Bantuan Banjir.
Bursa Malaysia ditutup tidak berubah
Bursa Malaysia ditutup tidak berubah pada Selasa dalam persekitaran prestasi serantau bercampur-campur.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Tekanan ketidakpastian kadar prestasi faedah AS heret turun Bursa Malaysia
Saham-saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, mencerminkan kekurangan minat pelabur susulan perkembangan di Amerika Syarikat (AS).
Penganalisis jangka OPR kekal 3.0 peratus bagi tahun ini
CIMB Investment Bank Bhd (CIMB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 3.00 peratus sehingga akhir 2025.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini dengan indeks petunjuk pasaran itu kembali pulih daripada penurunan mendadaknya sebelum ini.
CIMB catat untung bersih RM3.9 bilion dalam 6 bulan
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM3.9 bilion, meningkat 14 peratus tahun ke tahun bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024