CIMB mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peserta utama perbankan korporat, perbendaharaan dan pasaran di Asean apabila merangkul tiga anugerah Asia Risk.

CIMB Group membolot anugerah Organisasi Serantau Terbaik 2012 Asia Risk manakala CIMB Bank meraih Organisasi Terbaik, Malaysia (bagi tahun ketujuh berturut-turut) dan CIMB Niaga memenangi Organisasi Terbaik, Indonesia, kata CIMB dalam satu kenyataan.

Kemenangan terbaru daripada Asia Risk itu mengukuhkan lagi pencapaian CIMB memenangi anugerah sepanjang 2012.

Terdahulu pada tahun ini, CIMB memenangi Anugerah Produk dan Perkhidmatan FX Terbaik di Asia Pasifik; Penyedia Asing Terbaik bagi Keseluruhan Perkhidmatan FX (Indonesia dan Thailand); dan Penyedia Domestik Keseluruhan Terbaik bagi Perkhidmatan FX (Malaysia) dalam Tinjauan Pendapat Asiamoney.

Selain itu, CIMB juga menduduki senarai teratas liga Bon Domestik Asean Bloomberg pada 2011 dan ketika ini berada di kedudukan nombor satu sehingga September 2012.

Mengulas mengenai kemenangan anugerah CIMB pada 2012, Datuk Lee K. Kwan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group pengiktirafan yang diberikan kepada kumpulan membuktikan komitmennya menyediakan penyelesaian peningkatan nilai dalam kadar, kredit, FX, komoditi, pengurusan tunai dan bon, pinjaman dan pembiayaan perdagangan kepada pelanggan di seluruh rantau ini.

Aaron Woolner, Editor Asia Risk berkata anugerah serantau itu adalah berasaskan kepada peningkatan keupayaan CIMB di Asia, pengembangan capaian dari segi penawaran produk dan capaian geografi.
Selain itu, pada masa ketika banyak bank mengalami tekanan lembaran imbangan, paras pembiayaan kukuh CIMB bermakna ia berupaya menawarkan lindung nilai bagi terma yang lebih baik dan menyediakan kecairan seterusnya berbanding pesaingnya, katanya.

Anugerah Asia Risk mengiktiraf kecemerlangan bagi perkhidmatan derivatif dan pengurusan risiko dalam kredit utama, mata wang, tenaga/komoditi, ekuiti dan kelas aset kadar faedah, serta rantau geografi khusus termasuk anugerah negara tempatan.

Ia juga dikhususkan bagi pengurus aset untuk keupayaan pengurusan risiko mereka dan kepada bursa-bursa, broker dan vendor teknologi bagi penyediaan perkhidmatan mereka.

Asia Risk menganjurkan anugerah itu sejak 12 tahun lalu.