awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Sistem ranking universiti, di manakah kita?
MALAYSIA
Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 dikuat kuasa selepas lengkap 10 garis panduan - Fahmi
DUNIA
Australia pertimbang masukkan YouTube dalam larangan media sosial kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

JKNK rekod lebih 11,000 kes HFMD di Kelantan setakat Jun

Bernama
Bernama
24/06/2025
07:45 MYT
Sponsor Banner
JKNK rekod lebih 11,000 kes HFMD di Kelantan setakat Jun
Kanak-kanak bawah enam tahun paling terjejas (83.9%), dengan 138 wabak dilaporkan majoritinya berlaku di premis pendidikan awal kanak-kanak. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merekodkan sebanyak 11,813 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sehingga minggu epidemiologi (ME) ke-25 tahun ini.

Ringkasan AI
  • Kelantan merekodkan 11,813 kes HFMD setakat minggu ke-25, meningkat 14 kali ganda berbanding tahun lalu, namun kes mingguan mula menurun sejak minggu ke-17.
  • Kanak-kanak bawah enam tahun paling terjejas (83.9%), dengan 138 wabak dilaporkan majoritinya berlaku di premis pendidikan awal kanak-kanak.
  • Virus utama dikenal pasti ialah Coxsackievirus A16 (CA16) dan setakat ini tiada kes serius atau kematian direkodkan; JKNK menggesa kawalan ketat di pusat jagaan dan prasekolah.

Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan 14 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas, namun trend penurunan kes mula direkodkan sejak minggu ke-17.
"Purata kes mingguan pada ME ke-17 adalah sebanyak 960 kes dan sejak ME ke-23, kes mingguan menurun dengan ketara iaitu kurang daripada 400 kes seminggu.
"Kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah adalah kumpulan paling terjejas dengan 9,912 kes atau 83.9 peratus daripada keseluruhan kes dilaporkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Zaini berkata kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun mencatatkan 1,679 kes (14.2 peratus) manakala hanya 222 kes (1.9 peratus) melibatkan individu berusia lebih 12 tahun.
Dr Zaini berkata sebanyak 138 wabak HFMD dilaporkan di seluruh negeri, dan Pasir Mas serta Kota Bharu masing-masing mencatat 29 wabak (21 peratus) manakala Kuala Krai mencatatkan 27 wabak (19.5 peratus).
Beliau berkata institusi pendidikan awal kanak-kanak seperti taska, tadika, tabika dan prasekolah adalah antara lokasi utama penyebaran HFMD dengan 102 daripada 138 wabak (73.9 peratus) berlaku di premis berkenaan, manakala 36 wabak (26.1 peratus) berlaku di rumah persendirian.
"Pemantauan enterovirus mendapati virus utama yang menyebabkan penularan HFMD di Kelantan adalah Coxsackievirus A16 (CA16) yang tersebar melalui sentuhan dengan air liur, cecair lepuh dan najis pesakit.
"Majoriti kes adalah ringan dan pesakit pulih sepenuhnya dalam tempoh tujuh hingga 10 hari tanpa memerlukan rawatan khusus dan setakat ini tiada kes serius atau kematian akibat HFMD direkodkan di Kelantan," katanya.
Beliau menggesa pengusaha pusat jagaan dan prasekolah supaya mengambil tanggungjawab melaksanakan saringan di pintu masuk, nyahkuman permukaan dan alatan, mengelak perkongsian barangan peribadi serta segera melaporkan kes kepada Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HFMD
#Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
#Kanak-kanak
#penyakit tangan kaki dan mulut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami