CIMB Bank Bhd menyeru kepada semua peniaga dan pelanggannya untuk menggunakan PIN (nombor pengenalan peribadi) sebagai pengesahan bagi kad pembayaran keluaran tempatan seperti kad caj, debit, kredit dan prabayar yang digunakan pada terminal titik jualan (POS) di Malaysia.
Mulai 1 Julai dan seterusnya, tandatangan tidak boleh digunakan sebagai pengesahan bagi pembelian di terminal POS, sebaliknya PIN berbentuk enam angka diperlukan, kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.
"CIMB menyokong penuh langkah Bank Negara Malaysia untuk beralih kepada PIN bagi urus niaga kad pembayaran. Berikutan ini, kami telah meningkatkan usaha penglibatan dan komunikasi bagi memastikan penggunaan berasaskan PIN yang lancar kepada para pemegang kad dan peniaga.
"Saya ingin menggalakkan semua pemegang kad untuk menggunakan PIN mereka apabila membuat pembayaran kerana ianya lebih cepat, mudah dan selamat," kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
Sebelum 1 Januari 2017, semua kad-kad pembayaran berasaskan tandatangan telah digantikan dengan sistem PIN secara beransur-ansur.
Untuk membolehkan para pemegang kad dan peniaga membiasakan diri dengan sistem baharu ini, tempoh tangguh selama enam bulan diberikan iaitu mulai 1 Jan hingga 30 Jun 2017.
Bermula 1 Julai 2017, peniaga bakal berhadapan dengan kemungkinan kehilangan urus niaga dan pelanggan boleh menghadapi kesulitan besar jika sistem berasaskan PIN tidak diterima pakai lagi.
CIMB menggesa para peniaga, termasuk hotel, mula meminta angka PIN daripada pelanggan-pelanggan dan tidak melangkaui permohonan bagi sistem berkenaan melalui urus niaga pada terminal POS.
Dengan menggunakan aplikasi analitik yang pintar, bank mampu mengenalpasti pelanggan yang belum lagi mengaktifkan kad pembayaran berasaskan PIN untuk menggunakan sistem ini berbanding tandatangan bagi pengesahan semasa pembelian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2017
Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz (gambar) menggalakkan semua pemegang kad menggunakan PIN apabila membuat pembayaran kerana ia lebih cepat, mudah dan selamat. - Gambar fail
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.
Abdul Rahman lepas jawatan dalam CIMB Group, terajui semula PNB
Abdul Rahman telah berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB dari 2016 hingga 2019, yang mana beliau memainkan peranan penting dalam memacu transformasi strategik PNB.
Beberapa perkhidmatan perbankan CIMB masih alami gangguan
Perkhidmatan termasuk transaksi, FPX, MyDebit, kredit dan Terminal Layan Diri masih mengalami gangguan.
Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari
Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, dengan indeks utama naik 4.36 mata, disokong oleh aktiviti belian di kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
CIMB sasar jumlah pinjaman tumbuh 5-7 peratus pada tahun ini
Bagi tempoh sama, nisbah kos kepada pendapatan pula di bawah 46.9 peratus manakala liputan kerugian pinjaman antara 30 dan 40 mata asas.
Sivasangari sasar emas untuk Olimpik 2028
Pemain skuasy wanita kebangsaan S. Sivasangari menetapkan matlamat utama kariernya dengan menyasarkan pingat emas pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, teruskan momentum kenaikan
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.48 mata kepada 1,456.74 berbanding 1,456.26 pada akhir dagangan semalam.
CIMB ganda usaha realisasi aspirasi jadi peneraju kelestarian ASEAN
CIMB terus kukuhkan komitmen kelestariannya dengan meningkatkan sasaran kewangan lestari kepada RM100 bilion menjelang 2024.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, ambil petunjuk prestasi kukuh Wall Street
Pada 9.10 pagi, FBM KLCI naik 0.22 mata kepada 1,403.25 daripada 1,403.03 pada penutup Selasa.