KUALA LUMPUR: Co-op Bank Pertama (CBP) menyasarkan pendapatan sebanyak RM410 juta dengan pendapatan daripada pembiayaan dijangka menyumbang sebanyak RM297 juta pada 2022.
Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, jumlah itu bersamaan 72% yang menyumbang kepada pendapatan operasinya.
Beliau berkata, sentiasa optimis merealisasikan sasaran berkenaan dengan kepelbagaian produk sedia ada dan juga perancangan yang dilakukan oleh pengurusan akan mampu untuk menarik lebih ramai pelanggan serta meningkatkan lagi pendapatan.
"Ini berdasarkan pencapaian sehingga November 2021, dengan perkhidmatan Ar-Rahnu mengeluarkan pembiayaan sebanyak RM254.22 juta iaitu melebihi pencapaian 2020 dan kami jangkakan pengeluaran ini dapat mencecah RM300 juta pada akhir Disember ini.
"Walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi yang mencabar dan tidak menentu, saya melihat ini adalah pencapaian yang positif dan yakin, tahun kewangan 2021 akan mencipta satu lagi rekod baharu untuk CBP," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau juga tidak menafikan, pembiayaan dan Ar-Rahnu adalah penyumbang utama kepada keuntungan CBP selain daripada pembiayaan lain seperti pembiayaan perumahan, deposit tetap, sukuk dan sebagainya.
“CBP akan terus mempromosikan semua produk dan dalam masa yang sama, kami juga merancang dan merangka untuk memperkenalkan produk baharu seiring dengan apa yang dikehendaki oleh masyarakat,” katanya.
Selain itu, beliau fokus untuk memantapkan lagi Pelan Strategik Lima Tahun CBP yang memberi tumpuan kepada lima agenda iaitu kepelbagaian produk dan perkhidmatan; peningkatan kecekapan operasi; pengukuhan pemantauan dan kawalan; alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan amalan budaya kerja berprestasi tinggi.
"Menerusi pelan yang akan berakhir pada 2025 ini, ia akan melonjakkan jenama CBP sebagai bank koperasi yang terunggul di Malaysia menjelang 2026.
"Beberapa produk dan model perniagaan baharu dijangkakan akan diperkenalkan melalui pelan strategik ini yang akan disesuaikan mengikut keperluan anggota serta pelanggan supaya jenama CBP terus mendapat tempat di hati rakyat," katanya.
Beliau berkata, petunjuk prestasi utama (KPI) yang lebih holistik akan ditetapkan bagi memastikan sasaran yang ditetapkan berjaya dicapai.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Jan 28 2022
CBP akan terus mempromosikan semua produk dan dalam masa sama merancang untuk memperkenalkan produk baharu seiring dengan kehendak masyarakat. - Foto DagangNews
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.
Co-opbank Pertama komited bantu golongan B40
Objektif program Touch Point ini adalah bagi menyediakan bekalan makanan asas dan juga sedikit sumbangan wang tunai kepada golongan asnaf, fakir, miskin dan B40.
Co-op Bank Pertama sasar pendapatan RM410 juta pada 2022
Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, jumlah itu bersamaan 72% yang menyumbang kepada pendapatan operasinya.
Tekun Nasional laksana pelbagai pendekatan untuk dapatkan bayaran balik pembiayaan
Ia juga menubuhkan anak syarikat, iaitu TEKUN Corporation untuk mengutip semula pembiayaan bagi akaun hutang lapuk.