awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Domino's, Food Panda, antara yang laksanakan "Zero Contact"

Ibrahim Sani
Ibrahim Sani
22/03/2020
03:23 MYT
COVID-19: Domino's, Food Panda, antara yang laksanakan "Zero Contact"
Domino's Pizza antara syarikat yang mengumumkan semua perkhidmatan penghantaran mereka kini menggunakan konsep 'Zero Contact' atau kontak sifar. - Gambar hiasan
Dalam usaha untuk mengurangkan kontak antara orang ramai sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan ketika ini, beberapa syarikat penghantaran makanan telahpun melancarkan program yang tidak akan memberi kontak di antara mereka dengan pelanggan.
Domino’s Pizza antara syarikat yang mengumumkan semua perkhidmatan penghantaran mereka kini menggunakan konsep 'Zero Contact' atau kontak sifar.
Perkhidmatan tersebut akan dijalankan tanpa sebarang sentuhan.
"Konsep Zero Contact ini adalah demi kebaikan dan pekerja penghantaran kami. Penjarakan sosial adalah kaedah yang penting dan berkesan untuk memerangi penyebaran virus COVID-19 ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Domino’s Pizza Malaysia, Shamsul Amree.

Selain itu, platform penghantaran makanan atas permintaan, FoodPanda, juga mengumumkan bahawa syarikat itu akan beroperasi seperti biasa sepanjang dua minggu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia. Untuk meminimumkan risiko dan mengurangkan interaksi manusia, FoodPanda telah melancarkan dasar Pengiriman Tanpa Hubungan sejak beberapa hari yang lalu. Menurut FoodPanda, langkah-langkah baru diperkenalkan untuk keselamatan yang lebih baik dan untuk memastikan pelanggan berasa selamat ketika menggunakan perkhidmatan mereka. Semasa proses pesanan, pelanggan boleh memaklumkan kepada penunggang bahawa mereka memilih untuk penghantaran tanpa perhubungan. BACA: Berterima kasih kepada wira-wira penghantar makanan, minuman BACA: COVID-19: Foodpanda laksanakan penghantaran tanpa sentuh Apabila tiba, makanan anda akan diletakkan di lokasi “drop off” yang ditetapkan, sama ada di rumah atau pejabat anda, dan pelanggan akan diberitahu bahawa makanan mereka telah tiba. Jarak minimum 1 meter antara penunggang dan pelanggan akan dikekalkan, dan pelanggan juga perlu mengesahkan bahawa makanan mereka telah dihantar. Untuk mengurangkan lagi interaksi, pelanggan juga diminta untuk beralih ke pembayaran dalam talian.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID 19
#COVID-19
#delivery
#dominos
#dominos pizza
#food
#Food Panda
#hantar
#keselamatan
#kontak sifar
#koronavirus
#makanan
#Malaysia
#Panda
#penghantaran
#rumah
#sars cov 2
#virus
#zero contact
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan