awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
Projek naik taraf Lebuh Raya Senai-Desaru capai 55 peratus - Ahmad Maslan
Pas terima rayuan tiga ADUN Perlis dihentikan keahlian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: MEDAC terima lebih 380,000 panggilan sepanjang pandemik

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2020
12:00 MYT
COVID-19: MEDAC terima lebih 380,000 panggilan sepanjang pandemik
Dr Wan Junaidi berkata, ia respon daripada usahawan melalui 90 talian yang disediakan oleh agensi di bawah MEDAC. - fotoBERNAMA
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerima pertambahan mendadak panggilan sebanyak 382,255 daripada usahawan sejak bermulanya pandemik COVID-19 sehingga 20 Julai lepas.
Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia respon daripada usahawan melalui 90 talian yang disediakan oleh agensi di bawah MEDAC.
Jelasnya, antaranya Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SME Corporation Malaysia, Institut Koperasi Malaysia, SME Bank dan TEKUN Nasional.
Tambahnya, peningkatan paling tinggi mencecah sehingga 259,856 pertanyaan sejak 15 April sehingga 20 Julai lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Ketika negara dilanda pandemik COVID-19, MEDAC telah membantu ramai usahawan yang terjejas teruk untuk mereka bertahan ketika PKP dilaksanakan.
"Pelbagai langkah telah dilaksanakan bersama agensi di bawah kementerian antaranya Kemudahan Bantuan Khas(Special Relief Facility) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.
"Selain itu turut diadakan moratorium penangguhan pembayaran balik pinjaman peribadi anggota kepada koperasi, penangguhan pembayaran balik pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) dan lain-lain bantuan pinjaman serta insentif kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Jelasnya, MEDAC juga telah mewujudkan Talian Pusat Sehenti Keusahawanan di samping 90 talian agensi lain di bawah MEDAC yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang di talian 1-300-88-1020, +603-8892 3430 dan +603-8892 3429.
Dalam pada itu ujarnya, daripada kesemua panggilan tersebut, 348,955 panggilan adalah kepada talian Bank Rakyat, 9,061 panggilan kepada talian SME Corp, 8,023 panggilan kepada MEDAC, 7,994 panggilan kepada TEKUN, 4,128 panggilan kepada SKM, 4,069 panggilan kepada SME Bank dan 28 panggilan kepada IKM.
"Lonjakan ini menunjukkan respons positif usahawan kepada program-program bantuan prihatin ini dan ia adalah satu langkah yang tepat untuk kita sama-sama membantu melonjakkan kembali ekonomi usahawan.
"Kementerian akan terus komited dalam memberi khidmat nasihat keusahawan bagi menjawab pertanyaan, menerima komen serta bertindak sebagai medium saluran maklumat dan sokongan kepada usahawan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
#Medac
#pandemik
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#rakyat
#SKM
#Suruhanjaya Koperasi Malaysia
#usahawan
#Wan Junaidi
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan