awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 pacu pendigitalan dalam organisasi - Deloitte

Bernama
Bernama
11/08/2020
23:53 MYT
COVID-19 pacu pendigitalan dalam organisasi - Deloitte
Dalam persekitaran penjarakan fizikal, digitalisasi adalah perkara yang penting untuk perniagaan. - Gambar hiasan
Pandemik COVID-19 telah mempercepatkan pendigitalan dalam organisasi, menurut kaji selidik dilakukan oleh Deloitte.
Deloitte adalah penyedia perkhidmatan audit dan jaminan, perundingan, penasihat kewangan, penasihat risiko, cukai dan perkhidmatan yang berkaitan.
Sebelum penularan wabak tersebut, organisasi mungkin melihat pendigitalan tidak perlu diberi keutamaan kerana menganggapnya sama ada ia sebagai sebuah misi yang bagus atau mustahil untuk dilaksanakan berikutan cabarannya.
"Bagaimanapun dalam persekitaran penjarakan fizikal, digitalisasi adalah perkara yang penting untuk perniagaan.
"Sudah jelas bahawa organisasi dengan ruang kerja digital dapat mengurangkan gangguan di tempat kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala organisasi yang tidak menggunakan teknologi digital harus menggunakan peralatan digital dengan pantas untuk menyambung semula aktiviti perniagaan," katanya.
Walaupun memiliki ruang kerja digital telah memanfaatkan organisasi dalam berbagai aspek, Deloitte berkata risiko dan pelbagai cabaran mungkin berlaku, ia memberi kesukaran kepada mereka yang tiada memahami sepenuhnya pengaturan perniagaan baharu seperti risiko penipuan dan salah laku.
Menurut kaji selidik itu, Deloitte berkata lebih daripada satu pertiga respons menunjukkan bahawa organisasi mereka telah mengalami insiden penipuan dalam tempoh 12 bulan lepas, atau menjangkakan lebih banyak insiden penipuan dalam beberapa bulan akan datang.
"Oleh itu, setiap organisasi harus bersedia menghadapi peningkatan risiko penipuan.
"Sebuah penerbitan oleh Association of Certified Fraud Examiners (ACFE) bertajuk "Fraud in the wake of COVID-19" baru-baru ini memberitahu bahawa penipuan siber, penipuan oleh vendor atau penjual, dan penipuan menerusi pembayaran sebagai tiga penipuan teratas yang dijangka meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Deloitte
#digital
#digitalisasi
#kaji selidik
#organisasi
#pandemik
#penasihat kewangan
#penipuan
#penjarakan fizikal
#penjarakan sosial
#perkhidmatan
#perkhidmatan audit
#PKP
#risiko
#salah laku
#tempat kerja
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan