Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak

Segelintir umat Islam cenderung untuk ponteng puasa setiap tahun dan ia berkait rapat dengan iman seseorang. - Gambar hiasan
IPOH: Peniaga makanan khususnya yang beragama Islam diingatkan supaya tidak bersubahat dengan 'geng plastik hitam' pada bulan Ramadan tidak lama lagi.
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, segelintir umat Islam cenderung untuk ponteng puasa setiap tahun dan ia berkait rapat dengan iman seseorang.
"Kepada peniaga-peniaga, kami memohon agar berhati-hati. Menjual makanan kepada mereka yang tidak mampu berpuasa seperti kanak-kanak adalah dibenarkan, namun jika menjual kepada mereka yang sengaja tidak berpuasa, ia dianggap bersubahat dan berdosa.
"Kita berharap perkara ini dapat dikurangkan dan umat Islam lebih peka kerana ia melibatkan pelaksanaan salah satu rukun Islam," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika mengumumkan kadar zakat fitrah di ibu pejabat Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) di Ipoh pada Selasa,
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


