awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dagangan dua hala Malaysia-Perancis akan melonjak

Bernama
Bernama
15/05/2013
13:12 MYT
Dagangan dua hala Malaysia-Perancis akan melonjak
Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Perancis dijangka melonjak tahun ini daripada lebih 5.5 bilion euro yang dicatatkan pada tahun 2012.
Duta Besar Perancis ke Malaysia, Martine Dorance berkata kedua-dua negara telah mengekalkan hubungan baik dalam ekonomi, perdagangan, pendidikan dan politik.
"Perancis mengimport lebih banyak komponen elektronik Malaysia. Malaysia pula membeli kapal terbang daripada kami," kata beliau kepada pemberita di luar acara seminar Malaysia Perancis mengenai "Perancangan Seni bina dan Bandar" di sini.
Tahun lepas, perdagangan dua hala berpihak kepada Perancis kerana pembelian jumlah besar pesawat, tambah beliau.
Martine turut menjangkakan lebih banyak syarikat Perancis akan menubuhkan perniagaan di Malaysia, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana Perancis.
Menurut duta itu, terdapat 265 syarikat Perancis di Malaysia.
Sementara itu, Francois Matraire, kaunselor perdagangan dan komersil di kedutaan Perancis di sini berkata, syarikat-syarikat besar dari Perancis juga telah menubuhkan perniagaan di Iskandar Malaysia di Johor.
"Terdapat beberapa pelaburan besar dari syarikat-syarikat seperti Technip di Wilayah Iskandar. Pelaburan terus masuk dari pelbagai industri seperti peralatan untuk sektor minyak dan gas," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#dagangan
#dua hala
#ekonomi
#Malaysia
#Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan