BUSINESS
Dagangan luar China terus kukuh walaupun berdepan cabaran global

Dari Januari hingga April, perdagangan China dengan negara ASEAN meningkat 9.2%, manakala dengan negara dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) naik 3.9%. - Gambar hiasan/ Reuters
BEIJING: Sektor perdagangan luar China terus mengekalkan pertumbuhan stabil pada April meskipun berdepan perubahan drastik dalam persekitaran ekonomi global.
Ringkasan AI
- Pada April, perdagangan luar China terus berkembang dengan stabil walaupun persekitaran ekonomi global tidak menentu. Eksport meningkat 9.3% manakala jumlah keseluruhan import dan eksport naik 5.6%.
- Dari Januari hingga April, perdagangan China dengan negara ASEAN meningkat 9.2%, manakala dengan negara dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) naik 3.9%.
- China terus memperluas keterbukaan pasaran dan mempelbagaikan rakan dagangan. Pengurangan tarif dengan AS dijangka bantu pertumbuhan perdagangan dan pemulihan ekonomi global.
Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, jumlah import dan eksport antara China dengan anggota ASEAN serta negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) masing-masing menokok 9.2 peratus dan 3.9 peratus.
Jurucakap NBS Fu Linghui berkata, pengurangan tarif yang signifikan antara China dan Amerika Syarikat (AS) akan membantu menjana pertumbuhan perdagangan kedua-dua negara, selain menyediakan persekitaran kondusif bagi pemulihan ekonomi dunia.
"Trend kerjasama antarabangsa demi manfaat bersama tidak akan berubah, begitu juga komitmen China untuk memperluas keterbukaan.
"Usaha China mewujudkan kepelbagaian dagangan luar terus dipergiat dan dasar-dasar yang diperkenal bagi memacu perkembangan sektor berkenaan kini semakin menampakkan hasil," katanya dalam sidang media di Beijing pada Isnin.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami