awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF beri amaran, tindakan tegas terhadap penyebar maklumat sulit ATM
Projek eskalator Batu Caves diteruskan, tertakluk penyelesaian teknikal - Gobind
Jenazah Nadia Kesuma dikebumi pagi esok di Jeddah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dagangan saham Sime Darby digantung 27 Nov

Ibrahim Sani
Ibrahim Sani
21/11/2017
14:26 MYT
Dagangan saham Sime Darby digantung 27 Nov
Dagangan saham Sime Darby Bhd akan digantung pada 27 Nov untuk membolehkan pengagihan saham di bawah pengasingan kumpulan syarikat gergasi itu. -Gambar fail
Dagangan saham Sime Darby Bhd akan digantung pada 27 Nov untuk membolehkan pengagihan saham di bawah pengasingan kumpulan syarikat gergasi itu.
Hari terakhir dagangan saham Sime Darby sebelum pelaksanaan pengedaran saham adalah Jumaat ini (24 Nov), kumpulan itu berkata dalam satu kenyataan hari ini.
Minggu lepas, pemegang saham Sime Darby telah meluluskan pelaksanaan pengasingan syarikat induk Sime Darby menjadi tiga syarikat berasingan dalam satu mesyuarat agung luar biasa.
Ia melibatkan pewujudan dua syarikat tersenarai tambahan - Sime Darby Plantation Bhd dan Sime Darby Property Bhd - dan pengagihan saham dalam dua entiti baharu kepada pemegang saham Sime Darby sedia ada.
Sime Darby berkata apabila selesai pengagihan, pemegang saham akan memperoleh saham Sime Darby Plantation dan Sime Darby Property dalam bahagian sama seperti pegangan saham di Sime Darby.
Dagangan saham Sime Darby akan diteruskan pada hari penyenaraian Sime Darby Plantation dan Sime Darby Property yang dijadualkan 30 Nov ini.
Harga saham Sime Darby adalah satu sen atau 0.11% lebih rendah pada RM8.98 pada 3.45 petang Selasa, memberikan permodalan pasaran sebanyak RM61.07 bilion.
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Najib Razak
#plantation
#Sime Darby
#Sime Darby Plantation
#Sime Darby Property
#wahid omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan