Dakwaan pihak tertentu bahawa Proton Holdings Bhd (Proton) akan menjual 51 peratus sahamnya kepada syarikat asing dan menyebabkan kekayaan negara tergadai, adalah tidak benar.
Sambil menyangkal tuduhan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata ini disebabkan tiada sebarang keputusan muktamad mengenainya dibuat setakat ini.
Proton sebaliknya kini dalam proses mengenal pasti rakan kongsi strategik asing sesuai dan kenyataan mengenainya akan dibuat serentak dengan pengumuman gabungan kilang pengeluaran di Tanjung Malim, Perak dengan Shah Alam, Selangor.
"Kerajaan bukannya gadai hak negara tetapi mencari peluang untuk membantu Proton membangun secara lebih cekap dan setanding jenama besar dalam industri automobil dunia.
"Kerajaan juga tidak akan membuat pengumuman bagi pihak Proton dan saya minta agar semua pihak bersabar," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja di kilang Julie's di Kawasan Perindustrian Kelemak, di sini, hari ini.
Jelas Ong, kerajaan hanya memberi galakan kepada Proton untuk mencari rakan kongsi strategik asing bagi meningkatkan keupayaan pengeluar kereta nasional itu bersaing di pasaran antarabangsa.
"Proton bebas memilih rakan kongsi strategik yang mempunyai berkemampuan besar sama ada dari Amerika Syarikat, Jepun, China ataupun negara Eropah.
"Kita harap selepas ini Proton dapat membangunkan hab automobil yang membolehkan Malaysia menjual kenderaan nasional bermutu tinggi sehingga menembusi pasaran antarabangsa terutama di negara-negara ASEAN," katanya.
Ong berkata, kerjasama itu juga diharap mampu mempertingkatkan tahap piawaian antarabangsa pengeluaran kereta nasional negara, sekaligus menyuntik keupayaan Proton untuk bertahan dalam industri ini.
"Ini akan membantu meningkatkan jualan ke peringkat antarabangsa kerana pasaran ketika ini tidak besar (iaitu) hanya 600,000 kenderaan setahun berbanding Amerika Syarikat sebanyak 17 juta kenderaan dan China (25 juta kenderaan) setahun," katanya.
Menurut Ong, bagi mencapai kemajuan secara berterusan, Proton tidak boleh bergantung kepada pasaran tempatan yang tidak cukup bagi menampung kos penyelidikan pengeluaran kereta berkualiti selain bersaing dengan jenama lain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2017
Dakwaan pihak tertentu Proton akan menjual 51 peratus sahamnya kepada syarikat asing, adalah tidak benar. - Gambar fail
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.