ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 November 2026.
41 saksi dirakam keterangan berhubung kematian pelajar Tingkatan Tiga
Daripada bilangan itu, 29 merupakan pelajar sekolah, sembilan guru, dua ahli keluarga dan seorang anggota polis.
SPRM serah lelaki warga China dikehendaki pihak berkuasa kepada kedutaan China
Suspek berusia lingkuangan 50-an yang bekerja sendiri itu, sebelum ini ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 17 Nov lepas.
Ismail nafi setuju surat peletakan jawatan diserah kepada Tuanku Muhriz
Ismail hanya mengetahui pengumuman peletakan jawatan melalui media dan mengesahkan surat tersebut hanya disimpan oleh pihak parti, bukan dihantar secara rasmi.
Ismail Lasim mesti buktikan sokongan majoriti untuk kekal sebagai MB - Istana Negeri Sembilan
Istana Negeri Sembilan menjelaskan bahawa mereka tidak meminta Datuk Ismail Lasim untuk kekal sebagai Menteri Besar, sambil menegaskan bahawa beliau mesti membuktikan sokongan majoriti yang berterusan di dalam Dewan Undangan Negeri, bagi menentukan kedudukannya selaras dengan konvensyen dan peruntukan perlembagaan.
Anwar, Xi bincang pelbagai bidang kerjasama penting perkukuh hubungan
Malaysia dan China membincangkan pelbagai bidang kerjasama penting semasa pertemuan dua hala antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden China Xi Jinping, hari ini.
TUDM kesan cubaan salah guna aset ketenteraan untuk seludup dadah
Kemudahan dan aset ketenteraan disyaki menjadi sasaran sindiket penyeludupan dadah dalam cubaan membawa masuk 96.6 kilogram bahan disyaki dadah melalui Pangkalan Udara Subang.
Kerajaan siap siaga hadapi El Nino, pastikan bekalan protein negara terjamin
Kerajaan sedang memperkukuh kesiapsiagaan sektor keterjaminan makanan termasuk pengurusan empangan bagi menghadapi kemungkinan cuaca panas dan fenomena El Nino bagi memastikan bekalan asas negara kekal terjamin.
Malaysia catat kemajuan pesat dalam hak kanak-kanak, lebih banyak bandar sertai CFCI
Malaysia mencatatkan "kemajuan pesat" dalam memperjuangkan hak kanak-kanak dalam pelbagai bidang, khususnya pendidikan dan penjagaan kesihatan, kata Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia Robert Gass.
ISIS sambut baik pendirian PM Anwar mengenai kerjasama serantau, perdagangan adil di mesyuarat APEC
Mesyuarat Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Ke-33 yang berlangsung di Shenzhen, China, pada 18 hingga 19 Nov 2026, menyediakan platform kepada Malaysia untuk menonjolkan kepentingan peluang ekonomi yang lebih adil dan kerjasama serantau yang kukuh, menurut ahli akademik.
Urusan pentadbiran N. Sembilan perlu ikut tertib perlembagaan - Mohamad Hasan
Mohamad turut menegaskan bahawa sebarang urusan berkaitan pentadbiran negeri mesti dilaksanakan mengikut tertib perlembagaan dan lunas undang-undang tanpa mengambil jalan pintas.