awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar keutamaan bumiputera tidak terjejas dalam Perjanjian ART - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
29/11/2025
21:45 MYT
Dasar keutamaan bumiputera tidak terjejas dalam Perjanjian ART - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, tanggungjawab awam syarikat milik kerajaan adalah menyokong pembangunan bumiputera agar nikmat kemajuan ekonomi dapat dirasai bersama. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Dasar keutamaan bumiputera masih diamalkan dan tidak terjejas dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) kerana jelas termasuk dalam tanggungjawab awam, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ringkasan AI
  • Dasar keutamaan bumiputera tidak terjejas dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) kerana dianggap tanggungjawab awam.
  • Menteri Zafrul menegaskan hak bumiputera sebagai garis merah yang dipertahankan dalam rundingan ART tersebut.
  • Syarikat milik kerajaan tetap boleh sokong keutamaan bumiputera demi pembangunan ekonomi bersama, walaupun perlu mengikut penilaian komersial.

Sambil menyangkal dakwaan segelintir pihak mengenai perkara itu, beliau menegaskan, hak bumiputera kekal menjadi garis merah yang dipertahankan oleh kerajaan dalam rundingan berkenaan.
Beliau berkata, pihak terbabit memetik Artikel 6.2 bahawa Malaysia hendaklah memastikan syarikat milik atau kawalan kerajaan yang beroperasi dalam pasaran Malaysia bertindak mengikut pertimbangan komersial.
Menurut tafsiran mereka, peruntukan itu bermakna syarikat milik kerajaan tidak lagi boleh melaksanakan dasar seperti keutamaan vendor bumiputera dan perlu mengikut penilaian komersial semata-mata.
"(Ini) tak betul, (sebab) ada klausa lain yang memberi pengecualian bagi tujuan memenuhi tanggungjawab awam iaitu Malaysia akan bertahan daripada memberikan bantuan bukan komersial atau sebaliknya mensubsidi perusahaan milik atau kawalan negara yang mengeluarkan barangan, kecuali bagi mencapai tanggungjawab awam," katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.
Tengku Zafrul berkata, tanggungjawab awam syarikat milik kerajaan adalah menyokong pembangunan bumiputera agar nikmat kemajuan ekonomi dapat dirasai bersama.
Tun M dakwa syarikat US dapat hak Bumiputera. Betul ke? Mari dengar penjelasan sebenar.#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja pic.twitter.com/SDYofozu7z
— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) November 29, 2025
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#tanggungjawab awam
#penilaian komersial
#syarikat milik kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan