Skip to main content

Malaysia

SPRM serah lelaki warga China dikehendaki pihak berkuasa kepada kedutaan China

Suspek berusia lingkuangan 50-an yang bekerja sendiri itu, sebelum ini ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 17 Nov lepas. - Foto fail/BERNAMA
Suspek berusia lingkuangan 50-an yang bekerja sendiri itu, sebelum ini ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 17 Nov lepas. - Foto fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan seorang lelaki warga China yang dikehendaki oleh pihak berkuasa negara itu kepada Kedutaan China di sini semalam.

Menurut sumber, ia susulan kejayaan kerjasama rentas agensi antarabangsa antara SPRM dan National Commission of Supervision of the People's Republic of China (NCS).

Beliau berkata suspek berusia lingkuangan 50-an yang bekerja sendiri itu, sebelum ini ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 17 Nov lepas.

Advertisement

“Berdasarkan siasatan SPRM, penahanan itu dibuat susulan maklumat dan dakwaan bahawa suspek telah memberi wang rasuah kepada pegawai penguat kuasa.

“Perbuatan itu dipercayai dilakukan sebagai balasan agar pihak berkuasa tidak mengambil tindakan ke atasnya berhubung kes penipuan dan pengubahan wang haram di negara ini,” katanya kepada Bernama.

Advertisement

Sumber juga memaklumkan, semakan SPRM turut mendapati suspek berada dalam senarai individu yang dikehendaki oleh NCS, manakala pasport antarabangsanya telah dibatalkan oleh kerajaan China.

“Sehubungan dengan penemuan tersebut, SPRM telah merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Imigresen Malaysia serta Kedutaan China, sebelum proses penyerahan suspek dilakukan semalam bagi tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penyerahan individu terbabit kepada Kedutaan China.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement