KUALA LUMPUR: Pembekal perkhidmatan keselamatan siber, Datakraf Solution Sdn Bhd melebarkan sayapnya dalam sektor tersebut selepas menjalinkan kerjasama dengan telekomunikasi multinasional Amerika, AT&T Cybersecurity.
Pengerusi Datakraf , Tunku Naqiuddin Tuanku Ja'afar berkata, kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.
Menurutnya, menerusi kerjasama itu, Datakraf akan menawarkan penyelesaian terhadap keselamatan siber melalui sistem AlienVault’s Unified Security Management (USM), OpenXDR, SentinelOne, dan Open Threat Exchange (OTX).
“Keselamatan siber menjadi semakin penting untuk mana-mana perniagaan hari ini terutama dengan trend semasa seperti Big Data dan Cloud Solution.
“Landskap ancaman siber menjadi semakin kompleks dan memerlukan sistem pertahanan yang lebih sistematik dan bersepadu.
“Kami percaya kerjasama AT&T Cybersecurity dengan Datakraf di Malaysia akan dapat menaiktaraf keupayaan untuk membantu pelanggan melindungi aset digital.
“Ia juga adalah untuk mengesan ancaman siber, mengurangkan sebarang kesan perniagaan yang berpotensi untuk menghadapi ancaman siber,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tambah beliau, Datakraf kini mempunyai pelanggan seperti PETRONAS, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA).
“Portfolio ini akan membawa keyakinan kepada prospek masa depan AT&T Cybersecurity di rantau ini,” ujarnya.
Astro Awani
Fri May 20 2022

Menerusi kerjasama itu, Datakraf akan menawarkan penyelesaian terhadap keselamatan siber melalui sistem AlienVaults Unified Security Management (USM), OpenXDR, SentinelOne, dan Open Threat Exchange (OTX). - Foto Datakraf Solution

AWANI Ringkas: Pusat Rawatan TH di Arab Saudi terima kelulusan permit

Larangan Plastik | India larang kebanyakan plastik sekali guna
India melarang kebanyakan produk plastik sekali guna mulai jumaat, sebagai usaha untuk menangani isu sisa sampah dan pencemaran di negara itu. Pada peringkat pertama, kerajaan telah melarang pembuatan, pengimportan, pembekalan, dan penjualan 19 produk plastik yang dikenal pasti berpotensi tinggi menyebabkan pencemaran.

Perbandaran Lestari | Majlis Kitaran Negara masih dalam proses penubuhan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan masih dalam proses untuk menubuhkan Majlis Kitaran Negara. Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia akan menjadi pusat kepada semua semua inisiatif pembangunan lestari negara diintegrasikan bagi merealisasikan matlamat perbandaran, agenda perbandaran baharu dan Smart city.

KPDNHEP | Peniaga di Terengganu patuh harga siling ayam
Bekalan ayam di Terengganu mencukupi dengan peniaga mematuhi harga siling ayam yang ditetapkan oleh kerajaan bermula 1 Julai malah ada menjual pada harga lebih rendah. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP, Negeri Terengganu, Nor Azmi Lamisza berkata pihaknya berpuashati dengan pemantauan pada hari pertama pelaksanaan harga siling ayam yang baharu.

Inflasi | Subsidi ke atas barangan akan kekal
Subsidi yang diberikan kerajaan ke atas barangan tertentu termasuk petrol dan sebagainya akan dikekalkan buat waktu ini. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed percaya, kerajaan akan memastikan ia dapat dikekalkan untuk jangka masa panjang.

Harga Binaan Mahal | Punca hampir 50,000 kontraktor gulung tikar
Kenaikan harga bahan binaan menyebabkan hampir 50 ribu kontraktor kebanyakkan Bumiputra tidak memperbaharui lesen kontraktor mereka. Justeru, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Kementerian Kerja Raya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk memperluaskan lagi skop harga bahan binaan.

AWANI Ringkas: Tiada lagi Pas Pengembara buat warga Malaysia

Polis akan panggil penganjur Himpunan Barang Naik
Kesemua individu berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dalam masa terdekat.

Terbuka Malaysia 2022: Tugas getir menanti Jonatan di separuh akhir
Jonatan turun selaku pilihan ketujuh kejohanan menyingkirkan pemain India H.S Prannoy 21-18, 21-16 pada pusingan suku akhir.

Rapid KL sahkan terima aduan gangguan seksual dalam tren
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku sewaktu pengadu menaiki tren berkenaan dari Stesen LRT Pasar Seni kira-kira jam 7 malam.

Akaun media sosial palsu dikaitkan dengan kempen maklumat salah di Malaysia
Kempen penyebaran maklumat salah dalam media sosial di Malaysia mungkin didalangi pemilik akaun palsu, menurut Lynas Rare Earth.

Agensi kerajaan, swasta digesa pertingkat perlindungan data peribadi
Kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana entiti yang menggugat keselamatan siber negara termasuk keselamatan data peribadi awam.

Laman web didakwa bocor data peribadi rakyat Malaysia
Pengguna itu mengakui telah mencuba sendiri laman web tersebut dan carian itu hanya memerlukannya untuk memasukkan nama dan tahun lahir individu tertentu.

Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Ancaman siber boleh atasi pendekatan tradisional ke atas keselamatan data
Kerajaan dan organisasi perlu berusaha menjadi proaktif dalam mencipta dan menyesuaikan dengan sistem bagi menghadapi ancaman siber ini.

Bank diminta pertingkat sistem keselamatan perbankan internet
Peningkatan kes turut berpunca daripada betapa mudahnya pihak scammer atau penipu membuka akaun individu untuk dijadikan keldai akaun.

Pelabur asing sangat pentingkan keselamatan siber, ketahanan digital - MGBF
Apabila ekonomi digital berkembang, keselamatan siber dan daya tahan digital kekal menjadi tumpuan terhadap kebimbangan pelabur asing yang ingin menjalankan perniagaan di Malaysia.

Kadar ketagihan Internet di Malaysia tinggi berbanding banyak negara lain - Annuar
Ketagihan internet dan kawalan ibu bapa yang kurang efektif merupakan punca peningkatan risiko keselamatan siber terhadap generasi muda, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Keselamatan siber pertimbangan terakhir organisasi perniagaan - Kajian
Tinjauan itu mendapati lebih 90 peratus responden sifatkan keselamatan siber dan daya tahan siber merupakan perkara yang sama.

8,669 insiden keselamatan sekuriti dilaporkan di Malaysia sehingga Nov 2021
Sejumlah 8,669 kes insiden keselamatan siber telah dilaporkan ke pusat panggilan Cyber999 dari Januari ke November tahun ini.