Skip to main content

Malaysia

Jangan terperangkap dalam kelompok ‘cacat dalam beragama’ - Pendakwah

MAKKAH, 25 Mei -- Jemaah haji dari seluruh dunia melakukan tawaf di Masjidil Haram pada waktu subuh pada 8 Zulhijjah (25 Mei) sebelum menuju ke Mina._BERNAMA
Ibadah haji yang sedang berlangsung di tanah suci seharusnya menjadi ibrah kepada seluruh umat Islam agar menyirna kepercayaan bahawa diri sendiri lebih baik daripada orang lain. - foto/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Umat Islam diingatkan agar tidak terperangkap dalam kefahaman agama yang tidak lengkap, kata Pendakwah, Ahmad Shukri Yusoff.

Jelasnya, sikap sesetengah pihak yang mentafsirkan agama berdasarkan pemikiran sendiri semata-mata boleh menyebabkan ajaran Islam yang murni itu dicemari elemen-elemen negatif.

“Kerosakan itu bermula apabila elemen-elemen emosi menguasai diri. Maka hadirlah rasa riak, sombong, dan rasa lebih baik daripada orang lain. Kadang-kadang kira memberi tafsiran agama berdasarkan pemikiran kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.

Ahmad Shukri menyorot insiden yang tular berkaitan sekumpulan individu yang berselawat dalam koc Transit Aliran Massa (MRT), yang disifatkan sebagai tindakan yang tidak menggambarkan ajaran Islam yang sebenar.

“Saya fikir, mungkin yang berbuat demikian berfikir bahawa mereka membawa syiar, budaya selawat dan cinta kepada Rasul SAW. Daripada satu sudut ada betulnya.  

“Tetapi jika dilihat dengan lebih mendalam, ia sesuatu yang tidak boleh dilakukan; tidak boleh 'angkat suara' mengganggu penumpang-penumpang yang berada dalam kenderaan awam. Bukan itu cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,” jelasnya.

Tegaskan, ibadah haji yang sedang berlangsung di tanah suci seharusnya menjadi ibrah kepada seluruh umat Islam agar menyirna kepercayaan bahawa diri sendiri lebih baik daripada orang lain.

Menurutnya perasaan inilah yang membawa kepada tindakan-tindakan yang tidak selari dengan kehendak agama, memandangkan mereka merasakan Islam, dakwah dan perjuangan mereka adalah lebih baik daripada orang lain. 

Must Watch Video

Advertisement