BISNES
Defisit fiskal Malaysia susut 10.6 peratus pada Jan-Ogos, kekal di landasan capai sasaran 2025

Defisit fiskal kumulatif Malaysia mengecil 10.6 peratus tahun ke tahun kepada RM49.4 bilion setakat Ogos 2025. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Defisit fiskal kumulatif Malaysia mengecil 10.6 peratus tahun ke tahun kepada RM49.4 bilion setakat Ogos 2025, sekali gus memastikan kerajaan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran setahun penuh RM80 bilion atau 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Ringkasan AI
- Defisit fiskal Malaysia mengecil 10.6 peratus kepada RM49.4 bilion setakat Ogos 2025, menunjukkan kerajaan berada di landasan untuk mencapai sasaran RM80 bilion atau 3.8 peratus daripada KDNK.
- Hasil kerajaan meningkat kepada purata RM30 bilion sebulan berikutan peluasan pelaksanaan e-invois dan cukai SST, walaupun perbelanjaan turut naik 0.8 peratus.
- CIMB menjangka defisit 2026 lebih kecil pada 3.6 peratus KDNK, disokong oleh hasil cukai lebih luas, penstrukturan semula subsidi dan peningkatan perbelanjaan pembangunan di bawah RMK-13.
Laporan itu menambah sentimen pasaran secara keseluruhan kekal berhati-hati di tengah-tengah jangkaan penawaran bon korporat bernilai antara RM10 bilion hingga RM15 bilion pada bulan ini dan pembukaan semula lelongan 07/55 Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 30 tahun yang dijadualkan pada Isnin (6 Okt).
Ini akan menandakan terbitan terakhir bagi tempoh 30 tahun untuk tahun ini, merangkumi tender awam bernilai RM3 bilion dan penempatan persendirian berjumlah RM2 bilion.
Mengenai Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada 10 Okt, CIMB berkata kerajaan dijangka mengimbangi langkah bersifat akomodatif dengan pengukuhan fiskal yang berterusan, serta unjuran defisit yang lebih kecil sebanyak 3.6 peratus daripada KDNK.
Ia berkata ruang fiskal disokong oleh pertumbuhan hasil melalui asas cukai yang lebih luas dan penggunaan semula subsidi tenaga kepada pemindahan tunai bagi menyokong perbelanjaan isi rumah, manakala perbelanjaan pembangunan dijangka meningkat pada tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-13.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami