PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy

Wan Rosdy menerima replika cek dividen bernilai RM1,508,566,00 daripada Pengerusi PASFA, Datuk Zamri Yaakob (dua, kanan) pada simbolik Penyerahan Dividen Ladang Usahasama Integrasi Lembu dan Sawit PPRT Bukit Gayong. - Gambar Bernama
KUANTAN: Seramai 750 peserta Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) yang tersenarai dalam sistem eKasih menerima bayaran dividen RM2,011 setiap seorang tahun ini melibatkan jumlah keseluruhan RM1.508 juta.
Ringkasan AI
- 750 peserta PASFA Negeri Pahang menerima dividen RM2,011 setiap seorang, meningkat daripada RM1,500 tahun lepas, dengan jumlah keseluruhan RM1.508 juta, menunjukkan potensi hasil baik daripada sektor tanaman sawit dan ternakan lembu jika diurus dengan cermat.
- Bayaran dividen dibuat berdasarkan senarai eKasih secara teliti untuk golongan yang layak, mengikut kerjasama pejabat daerah dan PASFA, dengan matlamat utama untuk membantu keluar golongan daripada kemiskinan.
- Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berharap peserta PASFA dapat manfaatkan dividen sepenuhnya untuk meringankan beban kewangan, sambil menjelaskan bahawa peningkatan dividen pada masa akan datang bergantung kepada prestasi ladang dan harga sawit semasa.
Beliau berkata pemilihan peserta yang menerima dividen dibuat secara teliti berdasarkan senarai dalam sistem eKasih dengan kerjasama pejabat daerah dan PASFA bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan benar-benar layak.
"Kita tidak boleh mengambil peserta secara semberono kerana matlamat utama program ini adalah untuk membantu mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan," katanya.
Wan Rosdy turut berharap bantuan dividen itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta PASFA, sekali gus membantu meringankan beban kewangan mereka.
Mengenai kemungkinan peningkatan dividen pada masa hadapan, beliau berkata perkara itu bergantung kepada prestasi ladang serta harga sawit semasa.
"Jika harga sawit kekal baik dan kawasan tanaman dapat diperluaskan, tidak mustahil dividen akan meningkat lagi," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


