SPORTS
Di JDT walaupun minit kurang boleh bersara sebagai juara - TMJ

Pemain yang keluar negara dilihat hanya mendapat pengalaman dengan gaji dan prestasi yang tidak memuaskan, berbanding stabiliti di JDT. - Stadium Astro
PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menyelar tindakan beberapa bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang memilih dan terlalu mendengar nasihat penyokong bola sepak sehingga keputusan yang diambil itu memakan diri sendiri.
Ringkasan AI
- Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar bekas pemain JDT yang mendengar nasihat penyokong sehingga menyertai pasukan yang kurang baik dan menghadapi masalah gaji serta prestasi.
- Pemain yang keluar negara hanya mendapat pengalaman dengan gaji dan prestasi yang tidak memuaskan, berbanding stabiliti di JDT.
- Nasihat Tunku Ismail: Pemain sepatutnya mendapatkan bantuan kelab untuk pinjaman, bukan mendengar nasihat luar yang tidak berpengalaman dalam bola sepak.
"Yang menasihat tiada dalam industri bola sepak, tetapi bersuara macam seolah olah lebih tahu pasal bola sepak dan berpengalaman dalam arena bola sepak.
"Kononnya dinasihat untuk keluar dari JDT untuk dapat lebih minit permainan. Last-last gaji tak dapat, tempat latihan tak seberapa, main pun jarang, piala tiada, dan main pertandingan antarabangsa pun tiada," katanya menerusi laman Instagram hari ini.

Nasihat Tunku Ismail, pemain sepatutnya mendapatkan bantuan kelab untuk pinjaman, bukan mendengar nasihat luar yang tidak berpengalaman.
Malah, pemilik kelab Harimau Selatan itu turut menyatakan pemain yang dinasihatkan untuk beraksi di luar negara pula sekadar meraih pengalaman dengan kadar gaji dan prestasi yang tidak memuaskan.
"At least di JDT walaupun minit kurang boleh bersara sebagai juara, pengalaman luas, dan kewangan pun stabil. Yang dinasihati keluar negara pula hanya setakat dapat pengalaman, gaji tak seberapa dan perfomance pun tak seberapa, rosak. Apabila bersara terpaksa kais sini sana.
"Seorang demi seorang jadi mangsa dengar cakap orang. Kalau nak loan pun biar club bantu jadi gaji tak jadi isu, bukan buat sendiri semata mata dengar cakap orang. Sekarang bila dah susah mana muka-muka yang menasihat semua?" katanya menerusi laman Story Instagram hari ini." tambahnya. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami