awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Penganjuran RWMF akan kekal di Sarawak - Abdul Karim
DUNIA
Konflik Iran-Israel: Indonesia bawa pulang 100 rakyatnya
MALAYSIA
Hari Pelarian Sedunia: Budaya Myanmar ditonjol, kenang kehidupan tanah air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

RTG bantu pemain profesional dapatkan tempat latihan lebih kondusif - Hannah

Bernama
Bernama
21/06/2025
07:18 MYT
RTG bantu pemain profesional dapatkan tempat latihan lebih kondusif - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Persidangan ASEAN Persons With Disabilities In Sport Conference 2025 di The Everly hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Jawatankuasa Road to Gold (RTG) akan membantu pemain badminton profesional mendapatkan tempat latihan yang lebih kondusif, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Ringkasan AI
  • Jawatankuasa RTG akan bantu sediakan fasiliti latihan lebih sesuai dan tertutup untuk pemain badminton profesional negara, termasuk mendapatkan rakan sepelatih berkualiti.
  • Empat pemain utama termasuk beregu nombor satu dunia kini sertai program RTG, sebagai persediaan ke Olimpik Los Angeles 2028.
  • Hannah Yeoh turut berharap isu kontrak Pearly Tan-M Thinaah dapat diselesaikan segera, serta menekankan kepentingan akses sukan untuk OKU dalam Persidangan ASEAN PWDs in Sports 2025.

Beliau berkata ketika ini kebanyakan mereka menjalani latihan di tempat terbuka dan terdedah kepada orang ramai.
"Kita boleh bantu carikan tempat latihan lebih sesuai dan tertutup. Jadi mereka tidak perlu pergi pusat beli-belah (untuk latihan) dan orang ramai tengok mereka berlatih.
"Saya percaya Penyelaras Program RTG Datuk Stuart Ramalingan akan koordinasikan bantuan untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ASEAN Persons With Disabilities (PWDs) in Sports Conference 2025 di sini hari ini.
Hannah yang juga Pengerusi Jawatankuasa RTG berkata pihaknya juga akan membantu mendapatkan rakan sepelatih berkualiti dalam usaha melonjakkan prestasi pemain profesional negara itu.
Pada Khamis lepas, empat pemain badminton profesional negara iaitu gandingan nombor satu dunia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie secara rasmi menyertai program RTG sebagai persediaan ke temasya Olimpik Los Angeles 2028 (LA 28).
Dalam pada itu, Hannah berharap isu kontrak beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah yang tamat pada Disember lepas dapat diselesaikan segera agar ia tidak menjejaskan prestasi pasangan ketiga dunia itu.
Terdahulu, Hannah memaklumkan kira-kira 240 peserta menghadiri ASEAN Persons With Disabilities (PWDs) in Sports Conference 2025 yang bermula semalam dan berakhir hari ini.
Beliau berkata persidangan bertemakan 'Inclusive Sports for All: Breaking Barriers, Building Bridges in ASEAN' membincangkan mengenai akses dan langkah memperkasakan lagi sukan untuk orang kurang upaya (OKU).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Road to Gold
#Hannah Yeoh
#Olimpik
#tempat latihan yang lebih kondusif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami